Gadis Diperkosa Kenalan Wechat Di Bilik Kantin Sekolah

Offline
01-10-2018, 02:47 PM,
#1
resim

REMBAU – Seorang pekerja kantin sebuah sekolah rendah di daerah ini ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang juga merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban.

Difahamkan, bapa mangsa berusia lingkungan 70an membuat laporan di Balai Polis Chembong awal pagi kelmarin dan suspek ditangkap dalam tempoh 24 jam laporan dibuat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asistan Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, suspek iaitu remaja berusia 17 tahun bukan berasal dari daerah ini ditangkap di bilik kantin sekolah tempatnya bekerja.

“Suspek kini akan direman dan tempoh tahanan reman yang dipohon adalah selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 15 Januari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rogol bawah umur berkenaan.

“Mangsa yang baru kira-kira empat bulan mengenali suspek melalui WeChat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nazruel berkata, berdasarkan siasatan awal suspek pertama kali bertemu dengan mangsa pada pagi Jumaat lalu di tepi jalan sebuah taman perumahan di sekitar Senawang.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar Senawang.

"Suspek kemudiannya mahu menghantar mangsa kembali ke rumah, namun ditolak mangsa dan menyatakan dia telah lari dari rumah pada hujung Disember lalu.

“Suspek kemudiannya membawa mangsa ke kantin sekolah dan membiarkan mangsa berehat di sekitar kawasan berkenaan.

“Selepas suspek tamat bekerja pada waktu persekolahan sebelah petang, suspek bawa mangsa ke bilik kantin untuk bermalam di sana dan berlaku hubungan intim antara mereka," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Sinar

Possibly Related Threads...
Ibu Tak Kisah Anak Diperkosa Suami Sendiri, Lebih Baik Dari Diperkosa Orang Lain
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas
2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis
Wanita Mabuk Tak Sedar Diperkosa Lelaki Bangladesh
Budak Perempuan Intai Pakcik Mandi Nyaris Diperkosa
Isteri Orang Dicekup Bersama Teman Lelaki Di Bilik Hotel



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 90
Gadis Diperkosa Kenalan Wechat Di Bilik Kantin Sekolah
sukawg
115019
Forum Jump: