Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh

Offline
01-18-2018, 08:13 AM,
#1
resim
MICHAEL bersama Amy (tengah) menunjukkan gambar suspek pada sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Dua wanita kerugian RM14,000 selepas diperdaya lelaki yang menawarkan pekerjaan mudah iaitu melayan nafsu lelaki hidung belang.

Mereka dijanjikan pendapatan sehingga RM6,000 bagi setiap layanan, namun dikehendaki membayar deposit jika mahukan pekerjaan terbabit.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 22, berkata, dia dihubungi lelaki dikenali sebagai Mike menerusi aplikasi WhatsApp November lalu sebelum ditawarkan kerja separuh masa terbabit.

“Saya mahu menyambung pengajian di kolej dan perlukan wang. Saya setuju namun Mike minta saya mendepositkan RM12,000 ke akaun bank tempatan sebagai bayaran pendaftaran yang saya mahu bekerja dengannya.

“Saya melakukan lima transaksi ke akaun bank itu, malah seorang rakan saya turut mendepositkan RM2,000 kerana mahu mendapatkan kerja terbabit,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurut Amy, selepas itu, Mike memintanya mendepositkan RM750,000 dan ia membuatkannya sangsi.

“Saya hubungi Mike untuk mendapatkan kembali wang, namun dia memutuskan talian sebelum terus gagal dihubungi.

“Kini, saya perlu menjelaskan hutang RM10,000 dibuat daripada rakan-rakan bagi membayar deposit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya percaya lelaki terbabit sudah memperdayakan ramai mangsa dengan menggunakan taktik sama.

“Kami minta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan ini membuat laporan polis.

“Kami akan berusaha membantu mangsa mendapatkan pembelaan,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Gadis Diperkosa Bergilir-gilir 9 Tentera Kini Sedang Hamil
9 Anggota Tentera Ditahan Perkosa Gadis 17 Tahun
Janda Anak 3 Raih Rm7,000 Sebulan Jual Tubuh Di Wechat
Gadis Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Dicabul Rakus Bos Sendiri
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih
Gadis Didakwa Buat Laporan Palsu Diperkosa
Warga Emas Curi-curi Ambil Gambar Kaki Gebu Gadis
Gadis Lahir Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Ayah Sendiri
Gadis & Suami Orang Dicekup Di Bulan Ramadan Didenda Rm2,600



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 105
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
sukawg
115209
Forum Jump: