Gadis Jatuh Telaga Selamat Lepas Tahu Untuk Apungkan Diri

Offline
10-01-2015, 07:27 AM,
#1
resim
PENDUDUK kampung melihat telaga yang menyebabkan Nuraini (gambar bulat) tergelincir, semalam

Padang Terap: “Pada awalnya kami menyangka dia (Nuraini Ismail, 16) sudah ‘tiada’ kerana nampak kakinya terapung tidak bergerak dalam telaga sedalam lapan meter sebelum abangnya turun menyelamatkannya apabila dia kelihatan bergerak selepas azan dilaungkan,” kata Siti Zaharah Abdullah, 52.

Sebelum kejadian jam 6.45 pagi semalam, Nuraini dikatakan cuba mengambil air dari telaga untuk menyiram pokok bunga di rumahnya di Kampung Tanjung, Padang Terap Kanan, Kuala Nerang, di sini, sebelum ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pong.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam telaga berkenaan menyebabkan dia terjatuh ke dalam air.

Mangsa dikatakan bernasib baik kerana pandai berenang dan mengapungkan diri dengan berpaut pada dinding telaga yang terletak bersebelahan rumahnya.

Siti Zaharah yang juga ibu saudara mangsa berkata, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa Rohani, 50-an ketika hendak mengambil wuduk dan ternampak motosikal anaknya masih berada di luar rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Possibly Related Threads...
Gadis Diserang Lelaki Kerana Pakai Seluar Singkat Di Bulan Ramadan
Amoi Trauma Akaun Bank Miliknya Diguna Untuk 3rd Party Scam
Cikgu Di Colorado Boleh Bawa Senjata Dalam Kelas Untuk Balas Tembakan
Gadis Lepasan Giatmara Ditahan Tawar Suntikan Cantikkan Kulit
Pakcik Paku Kepala Anak Saudara Lepas Tuduh Curi Rm7
Suspek Rogol Yang Lolos Dicekup Semula, Sempat Juga Cuba Rogol Gadis
Suspek Kes Rogol Wanita Ketika Suami Tidur Di Ruang Tamu Berjaya Larikan Diri
Jejantas Runtuh Lepas Dirempuh Treler Di Meru, Klang
Penunggang Ex5 Mati Atas Bonet Kereta Lepas Rempuh Saga
Nahas Jempol: Jenazah 6 Beranak Selamat Dikebumikan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 532
Gadis Jatuh Telaga Selamat Lepas Tahu Untuk Apungkan Diri
sukawg
98636
Forum Jump: