Gadis Nyaris Diperkosa Suami Sepupu Sendiri Ketika Seorang Dalam Bilik

Online
12-05-2017, 11:13 PM,
#1
resim
Mangsa cuba diperkosa ketika bersendirian di rumah.

GAGAL mengawal nafsu menyebabkan seorang lelaki tergamak cuba memperkosa sepupu isterinya ketika mangsa berkunjung ke rumah pasangan itu minggu lalu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 22 tahun berasal dari Gurun, Kedah datang ke rumah suspek di Ampang di sini, berikutan cuti hujung minggu selain mahu membeli beberapa barangan keperluan di ibu kota.

Namun ketika isteri suspek keluar bekerja, lelaki berusia lingkungan 30-an itu masuk ke bilik mangsa sebelum mencium dan meraba wanita itu.

“Difahamkan suspek yang tidak bekerja sebelum itu pernah menghantar pesanan ringkas kepada mangsa selain mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa tidak membalas pesanan ringkas itu menyebabkan suspek terus masuk ke biliknya dan cuba memperkosa mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang meronta kemudian berjaya melarikan diri sebelum menghubungi ahli keluarga bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang masih belum berkahwin turut bertindak membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana di sini, untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dilakukan pihaknya. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Politeknik Dicabul Di Lrt Masjid Jamek
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan
Tentera Dipenjara 13 Tahun Perkosa Isteri Rakan Ketika Tumpang Tidur
Isteri Selamba Seks Dengan Kekasih Depan Anak-anak Ketika Suami Tiada
Gadis Mabuk Tak Sedar Diperkosa 2 Lelaki, Diugut Sebar Video
Penyanyi Dipenjara Kerana Makan Pisang Dengan Menggiurkan Dalam Video Muzik
Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa
Duda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Mengandung 5 Bulan
Gadis Boleh Dipenjara, Buat Laporan Palsu Dakwa Diperkosa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 92
Gadis Nyaris Diperkosa Suami Sepupu Sendiri Ketika Seorang Dalam Bilik
sukawg
114109
Forum Jump: