Gadis Palestin Ditembak, Dibiarkan Mati Oleh Tentera Israel

Offline
09-23-2015, 11:22 AM,
#1




resim
Imej yang disiarkan oleh 'Youth Against Settlements' menunjukkan Hadil Hashlamoun dikelilingi tentera Israel di pusat pemeriksaan di Hebron.

HEBRON (Palestin), 23 September : Media Palestin telah mengeluarkan satu video yang mengejutkan netizen yang menunjukkan seorang remaja Palestin, ditembak oleh tentera Israel, sebelum dibiarkan berdarah untuk tempoh yang lama sebelum dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, remaja wanita tersebut, Hadil Salah Hashlamoun, seorang pelajar berusia 18 tahun, dilaporkan yang dipetik daripada Press TV meninggal dunia akibat luka tembakan tersebut.

Video ini diterbitkan oleh PalMedia pada Selasa yang berdurasi dua minit 31 saat menunjukkan Hashlamoun dibiarkan berdarah di laluan pejalan kaki di bandar Tebing Barat yang diduduki al-Khalil (Hebron) selepas ditembak oleh tentera Israel pada awal pagi.

Selain itu, beberapa orang tentera Israel dan orang awam dilihat tersenyum dan ketawa, meninggalkan wanita muda itu berdarah sehingga mati.

Palestin Wattan TV berkata, wanita itu dibiarkan berdarah selama lebih daripada 30 minit.

Sementara itu, pihak tentera turut dilihat mengheret Hashlamoun di atas tanah, dengan niqab yang dipakai remaja itu terbuka ketika ditarik.

Menurut laporan, dia kemudian meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Shaare Zedek yang dikuasai al-Quds (Jerusalem).

Ahli-ahli keluarga Hashlamoun mengesahkan kematian remaja itu, dengan bapanya, Salaheddin, berkata dia telah ‘mati syahid’.

Pegawai Israel mendakwa tentera melepaskan tembakan ke atas perempuan itu, kerana dia telah cuba untuk menikam tentera di pusat pemeriksaan berhampiran pusat al-Khalil pada awal pagi semalam.

Jurucakap tentera Israel berkata, ‘penyerang cuba menikam seorang tentera’, sambil menambah bahawa seorang tentera kemudian melepaskan tembakan peluru hidup pada bahagian bawah tubuhnya.

Laporan lain berkata, kematian remaja itu mencetuskan pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera Israel di kawasan tersebut dengan penduduk yang mengatakan bahawa jumlah tentera Israel telah meningkat dengan ketara di seluruh bandar berikutan kejadian tembakan terbabit. - TRP

Possibly Related Threads...
Lelaki Palestin Mati Ditembak Keluarga Sendiri Lepas Belot Bantu Israel
Baitulmaqdis: Korban Serangan Israel Meningkat 13 Orang
Gadis Palestin Tampar Tentera Israel Didakwa
Kenali Gadis Palestin Yang Berani Ini
4 Penduduk Palestin Maut, 160 Cedera Dalam Bantahan Isu Baitulmuqaddis
2 Pejuang Palestin Terkorban Dalam Letupan
Mcdonalds Malaysia Nafi Salur Dana Bantu Israel
Angka Maut Bertempur Tentera Israel Dilapor Meningkat 4 Orang
Serangan Udara Israel Bunuh 3 Penduduk Palestin
Iron Dome Israel Pintas Roket Dari Gaza



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 813
Gadis Palestin Ditembak, Dibiarkan Mati Oleh Tentera Israel
sukawg
98456
Forum Jump: