Gadis Sedih Diperkosa Namun Gembira Dapat Anak Perempuan

Offline
10-02-2015, 04:06 PM,
#1
resim
Tertuduh (dua kanan) diiringi anggota polis ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman, semalam.

KUANTAN - Seorang bekas pekerja kafe dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur yang juga anak bekas majikannya hingga mengandung dan melahirkan bayi perempuan kira-kira empat tahun lalu.

Hukuman ke atas tertuduh, Mohd Farizul Mohd Redzuan, 25 dari Felda Lepar Hilir 2 dekat sini yang diputuskan  Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin bermula dari tarikh dia dituduh pada 22 Januari 2015.

Dalam prosiding semalam, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) turut diminta meminta maaf kepada mangsa dan keluarga serta ibu bapa yang turut berada dalam mahkamah sehingga menimbulkan suasana agak memilukan.

Sebelum itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol mangsa yang ketika kejadian baru berusia  13 tahun tujuh bulan dan masih bergelar pelajar.

Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Wahida Zainal Abidin, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik tidur rumah mangsa di Taman Rakyat, Gambang dekat sini  antara 21 Januari hingga 30 Januari 2011.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh dalam rayuannya melalui peguam sebelum itu merayu agar hanya dikenakan hukuman ringan atas beberapa faktor termasuk usia yang muda dan sudah insaf.

Bagaimanapun dia bersedia untuk menerima hukuman penjara lebih panjang menggantikan sebatan sekiranya hukuman itu turut dikenakan.

Sebelum itu, mangsa yang kini berusia 18 tahun dan bekerja sebagai pekerja kilang turut dipanggil memberikan kenyataan  secara bersumpah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Dalam kenyataannya, mangsa agak keliru untuk menyatakan perasaan yang dialami akibat kejadian sebaliknya dia hanya sedih kerana dirogol dan gembira atas kelahiran bayi perempuan yang kini dijaga keluarga angkat.

Manakala tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hanya meminta maaf kepada mangsa dan menyatakan kekesalan atas segala yang berlaku dari kandang pesalah.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa tidur di dalam bilik kira-kira jam 12 tengah malam sebelum terjaga kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya dan ketika itu tertuduh berada di dalam bilik tersebut sedang memakai seluar.

Mangsa yang mengadu mengalami kesakitan ketika membuang air kecil telah dihantar ke hospital pada Oktober 2011 untuk pemeriksaan dan mendapati dia mengandung dengan usia kandungan 37 minggu.

Pada 18 Oktober 2011, mangsa melahirkan bayi di hospital dan ekoran kejadian dia mensyaki dirogol tertuduh ketika sedang tidur lalu membuat laporan polis.

Hasil ujian DNA mengesahkan tertuduh merupakan bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa. - Sinar

Possibly Related Threads...
Sekolah Gempar Gadis Tingkatan 3 Lahirkan Bayi Di Surau
Ahli Perniagaan Tua 82 Tahun Ditahan Disyaki Perkosa Gadis
Bapa Ratah Anak Setiap Malam Dipenjara 480 Tahun Di Sarawak
Ibu Tikam Teman Lelaki Sedang Menindih Anak Gadisnya
Penjual Burger Didakwa Perkosa 2 Anak Gadisnya
Gadis Untuk Disantap Golongan Berduit Di Spa Eksklusif
Gadis Hamil 3 Bulan, Tak Pasti Dari 5 Lelaki Siapa Bapanya
Gadis Spm Kini Trauma Lepas Terlanjur Dengan 5 Lelaki
Cekup Anak Sendiri Hanya Bertuala Bersama Teman Lelaki Dalam Bilik
Rogol Liwat 600 Kali: Ratah Anak Hingga Terkeluar Najis



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 642
Gadis Sedih Diperkosa Namun Gembira Dapat Anak Perempuan
sukawg
98674
Forum Jump: