Gadis Subang Masih Pantang Didakwa Sembunyi Kelahiran Bayi

Offline
10-20-2017, 04:06 PM,
#1
resim

PETALING JAYA - Seorang remaja wanita yang masih dalam pantang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi  lelaki dua minggu lepas.

Alita Waang, 19, yang bekerja sebagai pembantu restoran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Subang Jaya, di sini, pada 10.50 malam, 14 Okt lepas mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun  atau  denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya  Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh masih dalam pantang dan hanya berpendapatan RM650 sebulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang hanya menundukkan kepalanya itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November untuk sebutan semula kes.- Bernama/Sinar

Possibly Related Threads...
Wedding Planner Viral Menipu Didakwa Hari Ini
Wanita Hamil Mati Ditembak, Doktor Bedah Perut Mahu Selamatkan Bayi
Peninju China Didakwa Belasah Isteri Sampai Mati
Kekasih Lahir Bayi Hasil Zina, Lelaki Terus Campak Ke Dalam Sungai
Gadis Universiti Curi Mi Segera Samyang Dipenjara, Denda Rm1,200
Tampar Hingga Berdarah, Cikgu Tadika Didakwa Hari Ini
Gadis Sedang Hangat Bercinta Sudah Sebulan Hilang
Gadis Universiti Tikam Bayi Dengan Gunting Malu Lahirkan Anak Luar Nikah
Ibu Lacur 2 Anak Gadis Di Jb Dipenjara 75 Tahun
Rantai Leher Pada Tong Gas: Ibu, Bapa Tiri Didakwa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 301
Gadis Subang Masih Pantang Didakwa Sembunyi Kelahiran Bayi
sukawg
113417
Forum Jump: