Gadis Tingkatan 5 Diserang Histeria Hingga Jatuh Bangunan Sekolah

Offline
01-16-2018, 09:21 PM,
#1
resim
Pelajar yang terjatuh dari bangunan sekolah pagi ini menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu. - UTUSAN ONLINE

HULU TERENGGANU 16 Jan. - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, cedera akibat terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah kira-kira pukul 7.20 pagi tadi dipercayai akibat diserang histeria.

Pelajar tingkatan lima itu yang baharu ditukarkan bersekolah di sini dikatakan mengalami kemurungan sejak dua tahun dan sering berhalusinasi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud memberitahu, mangsa yang dalam keadaan sedar telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Ayah mangsa memaklumkan bahawa mangsa sering kemurungan serta mengalami halusinasi dan ditempatkan di sebuah madrasah untuk membantu memulihkannya.

"Mangsa sebelum ini bersekolah di Kuala Terengganu, belajar di sekolah yang sama dengan adiknya agar dapat ditemani, dan membolehkan keadaannya dipantau," ujarnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Pasang Pendakap Gigi Haram, Gadis Dipenjara 2 Tahun & Denda Rm100,000
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Gadis Cantik Patah Kedua-dua Bahu Lepas Langgar Lembu
Isteri Dicekik Suami Hingga Sesak Nafas Kerana Lambat Buka Pintu
13 Maut Helikopter Jatuh Terhempas Atas Van Di Mexico
Lelaki Hilang Ditemui Jatuh Pokok Petai, Sudah Berulat
Abang Lemas, Adik Kritikal Lepas Jatuh Dalam Kolah Di Ipoh
Rambut Tersangkut Tayar Go Kart Hingga Tercabut Kulit Kepala
Langgar Penunggang Motosikal Hingga Maut, Rupanya Bapa Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 21
Gadis Tingkatan 5 Diserang Histeria Hingga Jatuh Bangunan Sekolah
sukawg
115170
Forum Jump: