Gadis Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Dicabul Rakus Bos Sendiri

Offline
02-13-2018, 04:28 PM,
#1
resim

KUALA TERENGGANU - Marah pinangannya ditolak, seorang majikan tergamak mengambil kesempatan mencabul pekerja wanita dalam kejadian di sebuah kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 20 tahun yang sebelum ini pernah menolak lamaran suspek untuk dijadikan isteri kedua diarahkan masuk ke bilik studio sebelum dipaksa menjalani sesi penggambaran tanpa diberitahu sebab musabab.

"Mangsa hanya akur dengan arahan tersebut sebelum majikannya mengambil beberapa keping gambar dengan berlainan posisi.

"Lebih kurang 10 minit kemudian, suspek terus menghampiri mangsa dari arah depan sebelum bertindak memegang buah dada gadis itu secara paksa," katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, suspek lebih berani dengan membuka baju dan seluar mangsa sebelum bertindak mencabulnya.

"Dalam keadaan separuh bogel dan tidak terdaya itu, suspek cuba mengambil kesempatan hendak merakam gambar dengan alasan untuk dijadikan simpanan peribadinya tetapi sempat ditepis mangsa.

"Melihat keadaan mangsa yang ketakutan itu, suspek cuba memujuk dengan mengajak keluar makan menaiki keretanya," katanya.

Kata sumber, semasa dalam perjalanan ke kedai makan, suspek sekali lagi mengambil kesempatan mencabul mangsa dan dalam masa sama memujuk lagi agar menerima lamarannya.

" Suspek memujuk mangsa agar berkahwin dengannya di Thailand tetapi ditolak sebelum bertindak meninggalkan mangsa keseorang di luar tandas sebuah pasaraya di Gong Badak, Kuala Nerus, kerana bengang.

"Mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian pulang ke rumahnya dan menceritakan perbuatan suspek kepada keluarganya sebelum  terus membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - Sinar

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Gadis Diperkosa Bergilir-gilir 9 Tentera Kini Sedang Hamil
9 Anggota Tentera Ditahan Perkosa Gadis 17 Tahun
Anak Saudara Ditahan Liwat Pakcik Sendiri Di Terengganu
Bapa Didakwa Hari Ini Kerana Liwat Anak Sendiri
Isteri Nekad Kerat Alat Sulit Lepas Syak Suami Curang
Anggota Polis Ditahan Paksa Isteri Seks Luar Tabii Di Melaka
Pemuda Dipenjara 10 Tahun Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Lahirkan Anak
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih
Promosi Rm10 Sejam, Hotel Bajet Jadi Port Lepaskan Nafsu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 115
Gadis Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Dicabul Rakus Bos Sendiri
sukawg
115839
Forum Jump: