Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas

Offline
01-12-2018, 08:23 PM,
#1
resim
Mangsa cuba diperkosa lelaki warga Indonesia yang bekerja di kafeteria kolej.

TINDAKAN melampau apabila seorang penuntut perempuan sebuah universiti yang sedang mengambil wuduk di asrama kolej didiami cuba dicabul seorang warga asing.

  Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ketika mangsa berusia 20 tahun berseorangan di tandas kolej kediamannya di Jalan Pantai di sini, untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat sunat tahajjud.

  Bagaimanapun seorang lelaki berkulit gelap berusia lingkungan 40 -an muncul dari arah belakang sebelum memeluk serta menutup mulut mangsa.

  "Mangsa bagaimanapun sempat menggigit tangan suspek sebelum menjerit meminta tolong. Namun lelaki terbabit memberi amaran akan membunuh mangsa jika berbuat bising,” katanya.

  Menurutnya, mangsa bagaimanapun bernasib baik tidak menjadi mangsa rogol apabila suspek menyedari kehadiran penuntut lain yang mahu menggunakan tandas.

  "Suspek terus melepaskan mangsa sebelum melarikan diri. Kesempatan itu diambil mangsa untuk bersembunyi di dalam tandas berhampiran.

  "Mangsa menunggu beberapa minit bagi memastikan suspek sudah beredar sebelum memaklumkan kejadian dialami kepada rakannya,” katanya.

  Berikutan itu, mangsa mengadu kepada pihak pengurusan kolej kediaman sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini, untuk tindakan lanjut.

  "Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di kafeteria di kolej kediaman berkenaan berdasarkan pengecaman wajah dilakukan mangsa," katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Ibu Tak Kisah Anak Diperkosa Suami Sendiri, Lebih Baik Dari Diperkosa Orang Lain
Lelaki Tayang Alat Sulit Dakwa Tak Tahu Zip Terbuka, Buat Repot Polis Juga
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Lelaki Dirakam Tanpa Segan Silu Tunjuk Alat Sulitnya
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
Abang Didakwa Cabul Adik Sendiri Dalam Tandas
9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah
2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis
Gadis Diperkosa Kenalan Wechat Di Bilik Kantin Sekolah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 39
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas
sukawg
115073
Forum Jump: