Gadis Wechat Diperkosa 4 Lelaki Mabuk Bergilir-gilir

Offline
06-16-2017, 03:13 PM,
#1
resim
Empat suspek yang berjaya diberkas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan.
resim
resim

KOTA KINABALU - Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 18 tahun dicekup polis selepas didapati terbabit secara langsung dengan kes rogol berkumpulan dalam beberapa tangkapan berasingan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, semua suspek berusia antara 18 hingga 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam empat serbuan di lokasi berasingan.

Beliau berkata, semua suspek disyaki terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di sebuah lokasi di daerah ini kira-kira jam 1.40 pagi pada 9 Jun lalu.

"Pengadu iaitu mangsa sendiri membuat satu laporan polis pada hari kejadian yang sama kira-kira jam 5.20 petang berhubung insiden berkenaan.

"Bertindak atas maklumat pengadu dan risikan, polis kemudiannya membuat empat serbuan berasingan pada 14 Jun lalu (kelmarin) di sekitar bandar raya Kota Kinabalu sebelum berjaya menahan semua suspek," katanya hari ini.

Chandra berkata, berdasarkan maklumat awal, salah seorang daripada suspek yang ditahan adalah kenalan kepada mangsa daripada aplikasi WeChat.

"Hasil soal siasat, keempat-empat suspek mengaku merogol mangsa dan kesemua suspek pada ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol.

"Kini, semua suspek lelaki itu sedang ditahan reman di IPD Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan," katanya.

Tambah beliau, susulan kejayaan tangkapan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah telefon bimbit jenama Oppo untuk membantu siasatan kes berkenaan. - Metro

Possibly Related Threads...
Juruterbang Malaysia Dipenjara 13 Tahun Perkosa Gadis Pada 1996
2 Gadis Dikenduri Di Ketereh: 5 Dipenjara 22 Tahun, 2 Lagi Dipenjara 18 Tahun
6 Lelaki Didakwa Rogol Gadis Beramai-ramai Di Malam Ramadan
Lelaki Tua Didakwa, Tak Mengaku Masukkan Jari
Sedar Tapi Tak Melawan, Wanita Mabuk Diperkosa Pemandu Grabcar Di Serdang
Kerani Sekolah Agama Dipenjara 20 Tahun Cabul Murid Lelaki
Suami Tidur Di Ruang Tamu Tak Sedar Isteri Diperkosa 3 Penyamun Dalam Bilik
Doktor Keluarkan Cawan Pecah Dari Dalam Dubur Lelaki
Perkosa Janda Anak Satu, Lelaki Dipenjara 17 Tahun
Perkosa Beramai-ramai: Teman Lelaki Datang Serah Diri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 126
Gadis Wechat Diperkosa 4 Lelaki Mabuk Bergilir-gilir
sukawg
110916
Forum Jump: