Gaji Rm10,000 Tapi Bayar Ptptn Rm50 Sebulan

Offline
07-31-2017, 04:17 PM,
#1
Gaji RM10,000 tapi bayar PTPTN RM50 sebulan

resim
resim
Johari berkata peminjam yang mempunyai masalah pembayaran balik perlu berbincang dengan PTPTN. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Kementerian Kewangan kesal dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengambil mudah pembayaran pinjaman mereka.

Menterinya berkata sesetengah peminjam sudah berpendapatan menjangkau RM10,000 sebulan namun masih mengekalkan ansuran bulanan RM50.

“Agak menyedihkan masih ada yang sudah bekerja dengan gaji RM5,000 hingga RM10,000 sebulan tetapi enggan membuat bayaran walau sedikitpun.

“Kes seperti ini sudah berkurangan sejak PTPTN menjalankan tindakan penguatkuasaan, namun ia masih berlaku.

“Apabila gaji meningkat, mereka sendiri perlu meningkatkan bayaran,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani seperti dilaporkan Berita Harian.

Akhbar sama melaporkan PTPTN sudah mengutip RM10.9 bilion bayaran balik daripada 1.3 juta peminjam.

Namun ia masih rendah berbanding sasaran RM18.8 bilion daripada 1.9 juta peminjam.

Johari berkata peminjam yang mempunyai masalah pembayaran balik perlu berbincang dengan PTPTN.

“Saya nasihatkan peminjam yang belum bekerja datang berbincang kerana PTPTN menganggap selepas beberapa bulan tamat belajar, peminjam sudah bekerja.

“Jika sudah bekerja tetapi tidak mampu bayar mengikut jumlah yang ditetapkan, juga kena berunding berdasarkan kemampuan mereka.

“Contohnya, jika RM100 tidak mampu, bayarlah RM50, PTPTN fleksibel dalam cara pembayaran balik,” beliau dilaporkan berkata. - MMO

Possibly Related Threads...
Lelaki Enggan Cerita, Tapi Doktor Dedahkan Belut Dimasukkan Ikut Dubur
Pesta Makan Durian Sabtu Ini Di Jengka, Hanya Rm10 Seorang
Gadis Jual Nasi Ayam Bakar Jadi Viral, Tapi Tunangan Orang
Gempar Jenazah Timbul Lepas Sebulan Dikebumikan
Bukan Sebulan, Lelaki Sudah 5 Tahun Tak Basuh Baju
Waris Terima Rm127,000 Biarpun Baru Sebulan Mencarum Rm90
Belanja Rm10,000 Bantu Kemas Rumah Dihuni 11 Beranak
Nilai Minimum Bankrap Dinaikkan Kepada Rm50,000
Mahu Kulit Gebu, Tapi Bernanah Pula Disuntik Doktor Palsu
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 59
Gaji Rm10,000 Tapi Bayar Ptptn Rm50 Sebulan
sukawg
111736
Forum Jump: