Gaji Rm273,000 Untuk Pembantu Rumah Sanggup Kerja Di Rumah Berhantu

Offline
06-18-2017, 11:28 PM,
#1
resim
Gambar hiasan. Foto Reddit

SEBUAH keluarga empat beranak dari Scotland menawarkan upah sebanyak £50,000 (RM273,337) kepada seorang pengasuh profesional yang sedia bekerja di sebuah rumah berhantu.

Pengasuh tersebut juga perlu berani daripada gangguan makhlus halus yang telah mengakibatkan lima pengasuh lain sebelum itu berhenti kerja pada tahun lalu.

Menurut satu laman web pengiklanan kerja penjagaan kanak-kanak yang popular, keluarga yang mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu tinggal di sebuah kampung di sempadan Scotland berdepan dengan masalah untuk mencari seorang pengasuh buat anak-anak mereka.

Mereka dikatakan tinggal di sebuah bangunan yang besar dan bersejarah selain mempunyai pemandangan yang menarik berlatarkan kawasan desa.

Bagaimanapun ia tidak cukup membuatkan pengasuh-pengasuh sebelum ini dapat bertahan lama berkhidmat bersama keluarga itu.

Menurut individu yang memaparkan iklan berkenaan, keadaan itu mungkin disebabkan bangunan yang didiami keluarga tersebut berhantu. - odditycentral/MStar

Possibly Related Threads...
Wanita Dakwa Miliki 5,000 Pacar Buka Kelas Untuk Goda Lelaki Kaya
Alat Buang Air Kecil Untuk Lelaki Patuh Syariah
Cuepacs Minta Kerajaan Naikkan Gaji Penjawat Awam 3 Peratus
Rakaman Ular Tedung Besar Masuk Rumah Di Batu Pahat
Ada Mahu Bayar Zakat Fitrah Untuk 30 Tahun, Kata Amil
Rm285,000 Harga Hotel Untuk 10 Hari Terakhir Ramadan Di Makkah
Cimb Beri Cuti Sebulan Bergaji Untuk Suami Dapat Anak Sulung
Tapak Bazar Sama Harga Seperti Bayar Deposit Rumah?
Puasa Untuk Malaysia Anjuran Pejuang Lgbt?
Lelaki Menyamar Wanita Duduki Peperiksaan Untuk Kekasihnya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 42
Gaji Rm273,000 Untuk Pembantu Rumah Sanggup Kerja Di Rumah Berhantu
sukawg
110957
Forum Jump: