Galaxy S8, S8 Plus Di Pasaran Seluruh Negara Mulai Esok

Offline
05-04-2017, 12:56 PM,
#1
resim
resim
Seorang model menunjukkan telefon pintar terbaharu keluaran Samsung, Galaxy S8, S8 plus yang akan berada di pasaran seluruh negara mulai esok.

PETALING JAYA - Peminat telefon pintar terbaharu Samsung, Galaxy S8 dan S8 plus boleh mendapatkannya di pasaran negara ini mulai esok.

Harga yang ditawarkan adalah RM3,299 dan RM3,699 bagi kedua-dua variasi telefon terbaharu ini.

Menurut Pengurus Kanan Perniagaan Telefon dan IT, Samsung Malaysia Electronics, Julian Thean, Galaxy S8 dan S8 plus adalah kesinambungan model sebelumnya yang juga memiliki skrin melengkung di bahagian tepinya, namun kali ini Samsung mendatangkan kedua-duanya dengan rekaan lebih kreatif.

"Galaxy S8 dan S8 plus memiliki kamera belakang beresolusi 12 megapiksel (MP) dan hadapan setinggi lapan MP".

"Samsung membangunkan kamera yang dapat berfungsi sebaik mungkin ketika siang mahupun malam dan ia sangat sesuai untuk bergambar secara beramai-ramai," tambahnya selepas pelancaran telefon itu di sini hari ini.

Turut hadir ketika pelancaran Galaxy S8 dan S8 plus ialah Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon dan Naib Presidennya, Lee Jui Siang.

Tambah Julian, aplikasi kameranya juga memiliki mod Smart Auto Fokus bersama lensa F1.7 yang membolehkan imej rakaman dilakukan dengan lebih terang dan jelas.

"Galaxy S8 dan S8 plus memiliki kelebihan kalis air dan habuk yang membuatkan anda tidak perlu bimbang tentang ketahanannya," jelasnya.

Tambah beliau, telefon itu juga memiliki pengimbas anak mata (Iris Scan) sebagai langkah keselamatan, walau bagaimanapun Galaxy S8 dan S8 plus tetap memiliki ciri keselamatan lain seperti pengecaman wajah, pengecaman cap jari, pattern, kata laluan dan PIN.

"Semua ciri keselamatan ini bagi memastikan gajet anda tidak mudah digodam," ujarnya.

Kelebihan gajet tersebut juga ujar Julian, ia turut memiliki kelebihan mengecas semula menerusi perkakasan mengecas tanpa wayar menjadikannya kelihatan lebih berkuasa dan bergaya. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Samsung Perkenal Galaxy S8, S8 Plus Warna Biru Laut Rm3,699
Samsung Jamin Galaxy S8 Selamat
Samsung Perkenalkan Ciri-ciri Terbaharu Untuk Galaxy S7 Edge.
Garis Panduan Pelanggan Samsung Galaxy Note 7
Samsung Galaxy Note 7 Berasap Di Restoran
Pengeluaran Galaxy Note 7 Digantung
Samsung Galaxy Note 7 Yang Diganti Juga Terbakar
Setiap Bateri Samsung Galaxy Note 7 Perlu Di X-ray
Galaxy Note 7 Meletup Dalam Poket Seluar, Lelaki Saman Samsung



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 191
Galaxy S8, S8 Plus Di Pasaran Seluruh Negara Mulai Esok
sukawg
109871
Forum Jump: