Nick:  
Pass:    
RegisterHelpMember ListView New PostsView Today's Posts


Gambar Lana Nordin Lurah Buah Dada Terdedah Kerjasama Win Win Situation



11-09-2012, 03:46 PM
Post: #1
Gambar Lana Nordin Lurah Buah Dada Terdedah Kerjasama Win Win Situation >> wangolds.com
KUALA LUMPUR, 9 NOV 2012: Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.

Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

"Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

"Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.

"Malah, saya tahu Afdlin tidak mungkin mahu mengaibkan sesiapa dalam filemnya. Saya hormati dia dan saya hanya menyerahkan kepadanya apa juga yang akan berlaku di masa akan datang," katanya kepada murai.com.my selepas Majlis Tayang Eksklusif dan Sidang Media filem Pontianak Vs Orang Minyak di Cathay Cineplex e@Curve, malam semalam.

Dalam filem yang diterajui dua pelawak Johan Raja Lawak dan Nabil Ahmad itu, sebagian buah dada Lana Nordin kelihatan terdedah dan ia telah dijadikan bahan komedi oleh pelakon Khir Rahman apabila dia turut melawak menggunakan bahan longkang (lurah) Lana Nordin di dalam sebuah babak.

Malah, pelakon Sharifah Shahira yang turut membintangi filem iti juga melawak dengan menggelarkan Lana sebagai Hantu Kopek sedangkan watak Lana ketika itu masih seorang manusia.

gelakgelak

[Image: 1192012_lanaeksploit-a.jpg]


"Jika imej seksi saya berjaya dijadikan bahan komedi, maknanya saya berjaya membawakan watak komedi dalam filem ini. Saya tidak mahu membataskan bakat lakonan saya kerana saya ingin jadi pelakon yang serba boleh.

"Saya sudah tak hairan dengan apa jua bentuk kontroversi yang dilemparkan kepada saya selepas ini. Malah, saya anggap gelaran Hantu Kopek sebagai joke dan terpulang kepada tafsiran setiap orang," jelasnya lagi.

Sungguh pun begitu, Lana akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kontroversi yang melanda kerana dia terlebih dahulu sudah pun memberitahu ahli keluarganya mengenai penampilannya di dalam filem itu.

"Saya tidak kisah apa orang nak kata kerana saya tahu keluarga saya terlebih dahulu tahu apa yang saya pakai dan lakukan ketika itu kerana saya sendiri sudah menghantara foto saya ketika penggambaran.

"Mak saya ada menegur tetapi saya beritahu dia nak buat bagaimana kerana saya lakukan kerana lakonan. Malah Finas sudah pun melepaskannya, jadi mak saya boleh cakap apa lagi. Lagipun mereka tidak boleh nak bercakap apa-apa atau berbuat apa-apa kerana saya pun sudah besar ," luahnya lagi

Lana yang bakal muncul dalam Pontianak Vs Orang Minyak pada 22 November ini kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Revolusi KL Drift.

p/s

alasan tak leh blah semata2 nak menghalalkan benda macam ni huhuhuh
http://www.murai.com.my/article/default....77&c=1&s=1

Possibly Related Threads...
Fizo Omar Berang Isteri Dihina Di Laman Sosial (8 Gambar)
3 Gambar Shila Amzah Tampil Seksi? Ketika Di China
Adi Putra Jawab Isu Gambar Bertuala Tersebar Oleh Amiruddin
Majlis Pernikahan Radhi Oag & Nur Shahira Ayu (6 Gambar)
6 Gambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Nafi Ingin Menggatal.
Bahagianya Amir Raja Lawak Bersama Bakal Isterinya (3 Gambar)
Comelnya Gambar Kayla Elayna, Anak Khairul Fahmi & Leuniey (8 Gambar)
Kantoi Tauke Jambu Bersosial Di Kelab Dengan Gadis Hot 3 Gambar
Fasha Sandha Hamil Anak Kedua (8 Gambar)
Aliff Aziz Bersama Kekasih Baru? 4 Gambar

Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Online
Visit this user's websiteFind all posts by this user
Quote this message in a reply
11-09-2012, 06:09 PM
Post: #2
RE: Gambar Lana Nordin Lurah Buah Dada Terdedah Kerjasama Win Win Situation >> wangolds.com
wow...

[Image: 1206042.gif]
Offline
Visit this user's websiteFind all posts by this user
Quote this message in a reply
11-09-2012, 07:40 PM
Post: #3
RE: Gambar Lana Nordin Lurah Buah Dada Terdedah Kerjasama Win Win Situation >> wangolds.com
(11-09-2012 06:09 PM)tenungskrin Wrote:  wow...

[Image: 1206042.gif]



amboi amboi TS gelak gelak
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
Post Reply 

[-]
Facebook Comments 



Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
replies: 2 and views: 2910
Gambar Lana Nordin Lurah Buah Dada Terdedah Kerjasama Win Win Situation
astrowan
62439








Powered By MyBB, © 2002-2014 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE

Online Users
There are currently 251 online users.
» 1 Member(s) | 250 Guest(s)
sukawg

GREATEST BROKER FX 2014