Gambar Serpihan Peluru Berpandu Buk Didedahkan

Offline
06-08-2016, 06:50 AM,
#1
resim
Gambar serpihan peluru berpandu BUK yang dipercayai ada kaitan dengan tragedi MH17. Agensi

AMSTERDAM 7 Jun – Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang menjalankan siasatan jenayah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014, memaklumkan penemuan serpihan peluru berpandu BUK di tempat kejadian.

Gambar mengenai penemuan serpihan berupa tiub venturi, salah satu bahagian dalam sistem ekzos peluru itu disiarkan dalam beberapa media antarabangsa.

Pasukan Pendakwa Raya Belanda berkata, siasatan kini berada pada ‘tahap tertinggi’ dan kesimpulan tentang nasib yang menimpa pesawat berkenaan akan dibentangkan tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan, pasukan berkenaan berkata, pihak mereka telah membuat beberapa permintaan untuk bantuan perundangan daripada negara-negara yang terlibat dengan siasatan.

“Namun, kami masih me*nunggu maklumat-maklumat dari Rusia mengenai peluru berpandu BUK yang dipercayai mempu*nyai kaitan dengan nahas MH17, tragedi yang mengorbankan 298 nyawa,” jelas pasukan tersebut.

Menurut mereka, laporan akhir akan memperincikan jenis senjata yang digunakan serta lokasi yang tepat senjata itu dilancarkan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan.

Laporan sebelum ini menjelaskan pesawat MH17 terhempas di wilayah Donetsk yang dikuasai pemberontak.

Pasukan penyiasat dari Belanda, Australia, Malaysia, Belgium dan Ukraine akan mengemukakan rumusan siasatan masing-masing kepada Tribunal Jenayah Antarabangsa.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada ketinggian 9,144 meter dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777 itu, yang dalam pe*nerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam. – REUTERS/Utusan

Possibly Related Threads...
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Laporan Mh17: Pesawat Ditembak Peluru Berpandu Buatan Russia
Serpihan Peluru Berpandu Dakwa Dijumpai Di Lokasi Nahas
Rusia Ubah Gambar Satelit, Tuduh Pemberontak Ukraine - Bellingcat
Pakar Forensik Tunjuk Gambar Mangsa Mh17 Dipecat
Mh17: Lebih 350 Serpihan Tulang Manusia Ditemukan
Muzium Russia Mahu Pamer Serpihan Mh17 Ditembak Jatuh
Serpihan Mh17 Bakal Dicantum
Tindakan Media Russia Makan Diri Kantoi Gambar Palsu
Tv Rusia Dedah Gambar Dakwa Saat Mh17 Ditembak Jet Pejuang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 425
Gambar Serpihan Peluru Berpandu Buk Didedahkan
sukawg
103171
Forum Jump: