Gambar Viral Kanak-kanak Malaysia Minta Sedekah Di Thailand Palsu

Offline
10-01-2015, 09:50 PM,
#1
resim
Gambar ini pernah diviralkan pada Mei tahun lalu.
Quote:Menurut seorang pembaca, anak yang fasih berbahasa Malaysia ini ditemui oleh Polis Thailand sedang meminta sedekah. Pegawai Penyiasat Daerah Tumpat sedang menguruskan hal ini. Kepada sesiapa yang mengenali anak ini diminta menghubungi talian 019-4124872 atau 014-8183330.
KOTA BHARU, 1 Oktober: Gambar seorang kanak-kanak perempuan Malaysia berusia dalam lingkungan tujuh hingga 10 tahun meminta sedekah di Thailand yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, adalah palsu.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan memberitahu, gambar itu pernah diviralkan pada 21 Mei tahun lalu dan kini kembali disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Perkara ini sama sekali tidak benar dan segala penyebaran maklumat terbabit sama sekali tidak benar,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip menyangkal pegawainya pergi ke Thailand untuk menyiasat perkara berkenaan.

Difahamkan, satu mesej ringkas bersama gambar seorang kanak-kanak perempuan yang disebarkan melalui aplikasi itu, mendakwa polis Thailand menemui seorang kanak-kanak perempuan fasih berbahasa Melayu, kononnya sedang meminta sedekah di Negara Gajah Putih itu.

Mesej itu turut mengatakan, ada pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihantar ke negara berkenaan untuk menyiasat kes tersebut dan meminta sesiapa yang mengenali kanak-kanak terbabit supaya menghubungi nombor telefon yang tertera. - TRP

Possibly Related Threads...
Lelaki Malaysia Dipenjara 36 Bulan Bawa Rm36 Juta Masuk Singapura
Viral Lelaki Sedang Khayal Syabu Panjat Bumbung Myvi
Sindiket Mykad Palsu Kaut Untung Jual Sekeping Rm60,000
Lagi Kes Rakyat Malaysia Pandu Honda Maut Akibat Beg Udara
Viral Budak-budak Sekolah Bertumbuk Di Sandakan
Polis Sabah Nafi Viral Kes Budak Kena Potong Kepala
Pemandu Lori Disaman Lepas Rakaman Potong Double Line Jadi Viral
Asp, Inspektor Minta Rasuah Dicekup Sprm
Viral Rakaman Lelaki Digilis Ketika Kejar Lori Tangki Lepas Berang Kena Hon
2 Penjawat Awam Ditahan Minta Rasuah Baju Harley Davidson



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 615
Gambar Viral Kanak-kanak Malaysia Minta Sedekah Di Thailand Palsu
sukawg
98649
Forum Jump: