Ganjaran Rm384,000 Sudah Dibayar Kepada Pelapor Rasuah Sejak 2011

Offline
09-13-2017, 02:44 PM,
#1
Inisiatif kurang sambutan
Hanya RM384,000 dibayar kepada pelapor rasuah sejak 2011

resim

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertahankan usaha jabatan itu memberi ganjaran kepada kakitangan perkhidmatan awam yang melaporkan kes rasuah.



Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata tidak salah memberi ganjaran kepada mereka yang menolak rasuah sebagai penghargaan kepada kakitangan yang amanah.

“Jangan beri komen terhad kepada satu inisiatif seolah-olah itu saja usaha yang kita lakukan untuk cegah rasuah. Banyak lagi aktiviti dan kempen yang dilakukan SPRM, kena tengok secara keseluruhan.

“Salah ke kita bagi ganjaran kepada orang yang tolak rasuah? Kita beri penghargaan kepada orang yang bersih, kita pandang tinggi pada orang ini,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan 3J (Jangan hulur, Jangan ‘kawtim’ dan Jangan ‘settle’) dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Terminal Bandar Tasik Selatan hari ini.

Sebelum ini insentif “ringgit ke ringgit” kepada pemberi maklumat atau saksi dalam kalangan penjawat awam yang melaporkan kes rasuah sejak 2011 hanya berjaya menarik 214 orang, membabitkan nilai RM384,000 sekaligus dikatakan kurang sambutan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, jumlah itu sekadar mewakili 0.00001% daripada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.

Insentif yang diperkenalkan kerajaan sejak 2011 itu merupakan satu bentuk ganjaran yang diberikan kepada mana-mana pemberi maklumat atau saksi dengan ganjaran minimum sebanyak RM500 yang tampil memberi laporan kegiatan rasuah.

Mengulas isu kurangnya sambutan daripada penjawat awam dalam memberi maklumat bukan disebabkan tidak “cakna” dalam membanteras rasuah sebaliknya mereka tidak meminta sebarang ganjaran.

“Kami terima banyak maklumat daripada penjawat awam tetapi mereka tidak mahu ganjaran,” katanya. - FMT

Possibly Related Threads...
Baru Tingkatan 2 Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri
Pemilik Sedia Serah Proton Saga Kepada Keluarga Pencipta Nama
Makan Pasir Sejak 10 Tahun Lalu Rahsia Jadi Sihat, Kata Nenek
Papan Tanda Viral Dewan Ramai Orang Sudah Ditukar
Lelaki Sudah Diisytihar Mati Rupanya Masih Hidup, Nyaris Dipotong Bedah Siasat
Kota Bharu Berkabus, Sudah Macam Cameron Highlands
Gadis Paling Berbulu Kini Sudah Cukur Bersih, Sudah Bersuami
Jambatan Maut: Adun Jelai Nafi Tak Usaha Bantu, Jkr Sudah Lulus Peruntukan
Ramai Pengguna Masih Mahu Bayar Tol Biarpun Sudah Dimansuhkan
Mayat Sudah Dibakar, Tapi Lelaki Tiba-tiba Pulang Semula Ke Rumah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 104
Ganjaran Rm384,000 Sudah Dibayar Kepada Pelapor Rasuah Sejak 2011
sukawg
112482
Forum Jump: