Gara-gara Raba Punggung Rakan Sekerja, Lelaki Dipenjara Dan Disebat

Offline
11-09-2017, 10:51 PM,
#1
resim
Seorang pelayan restoran makanan segera dipenjara 12 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret PJ kerana meraba punggung rakan sekerja. ― Paparan skrin Google

PETALING JAYA, 9 Nov — Gara-gara meraba punggung rakan sekerja, seorang pelayan restoran makanan segera dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Mikael Mohamad Hasni, 23, selepas  tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan meraba punggung wanita berusia 18 tahun itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya di sebuah restoran makanan segera di Damansara Damai, di sini, pada 8 malam, 21 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia akan  berkahwin pada Februari tahun hadapan.

Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor keselamatan awam kerana jika hukuman rendah dikenakan ia akan menyebabkan kes jenayah seksual akan semakin berleluasa. — Bernama/MMO

Possibly Related Threads...
Lelaki Ditahan Perkosa 2 Anak Jiran Sekaligus Di Kuantan
Isteri Orang Diugut Sebar Gambar Lepas Sewa Hotel Bersama Lelaki Lain
Perkosa Ramai-ramai Dalam Tandas Awam, 4 Pemuda Dipenjara 15 Tahun
Pelajar Ipt Diculik, Diperkosa 6 Lelaki Hingga Pengsan Di Selayang
Akibat Selera Songsang, Lelaki Tersangkut Mangga Dalam Pundi Kencing
Bekas Polis Didakwa Hisap Puting Dada Pelajar Lelaki
Gadis Diperkosa 3 Lelaki Bergilir-gilir Selang Setengah Jam
Lelaki Rogol, Samun Gadis Uitm Didakwa Hari Ini
Jari Dijolok Ke Dalam, Wanita Pukul Lelaki Cabul Hingga Tangan Sendiri Patah
Lelaki Kepenatan Bekerja Minta Tunang Urut Pinggang, Dicekup Khalwat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 278
Gara-gara Raba Punggung Rakan Sekerja, Lelaki Dipenjara Dan Disebat
sukawg
113562
Forum Jump: