Gara-gara Salah Kira, Penduduk Pekan Kempunan Mahu Sambut Ulang Tahun Ke 150

Offline
12-12-2017, 11:22 PM,
#1
resim
PENDUDUK Charleville di Queensland, Australia terpaksa 'berputih mata' untuk menyambut ulang tahun pekan itu yang ke-150 gara-gara salah perkiraan walaupun hampir semua persiapan telah dilakukan untuk tujuan itu. -GAMBAR/MURWEH SHIRE COUNCIL/BBC

QUEENSLAND 12 Dis. - Gara-gara salah perkiraan, pihak berkuasa sebuah pekan kecil di sini terpaksa berputih mata untuk menyambut ulang tahun mereka yang ke-150 baru-baru ini.

Portal BBC memaklumkan, penduduk pekan Charleville itu dikatakan telah merancang pelbagai aktiviti dan festival menjelang sambutan berkenaan yang mengikut perkiraan mereka akan berlangsung tahun depan.

Bagaimanapun, semakan terhadap rekod sejarah mendapati, sambutan itu sepatutnya diadakan tiga tahun lepas iaitu pada 2014 memandangkan tarikh pekan tersebut dibuka ialah pada 1865 dan bukannya 1868.

Datuk Bandar Charleville, Annie Liston berkata, keputusan itu amat mengejutkan kerana pihaknya telah memperuntukkan belanja yang besar untuk tujuan itu.

“Kami telah bertungkus-lumus untuk mengadakan sambutan itu namun kecewa kerana tersilap tarikh,” katanya.

Liston bagaimanapun memberitahu, penduduk Charleville tetap akan ‘berpesta’ tahun depan kerana segala persediaan yang diatur telah hampir siap ketika ini. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ibu Lari Rumah, 3 Beradik Bergilir Ponteng Sekolah Jaga Adik 4 Tahun
Peniaga Durian Disaman Gara-gara Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas
Penduduk Gempar Temui Beratus Telefon Pintar Terapung Di Laut
Budak 10 Tahun Lebih Genius Daripada Einstein
Persatuan Stesen Minyak Mahu Kerajaan Semak Komisen Jualan
Sekeluarga Tidur Bawah Jambatan, Beri Alasan Mahu Berehat
Menara Exchange 106 Dijangka Siap Jun Tahun Ini
Pilihanraya Elak Tahun Baru Cina Dan Musim Melawat Kubur
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Pakar Dakwa Manusia Mati Boleh Dihidupkan Semula 10 Tahun Lagi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 36
Gara-gara Salah Kira, Penduduk Pekan Kempunan Mahu Sambut Ulang Tahun Ke 150
sukawg
114296
Forum Jump: