Gelombang Panas Sebabkan Kereta Renault Cair

Offline
08-12-2015, 07:04 AM,
#1
resim
Kereta jenama Renault Megane yang diletakkan berhadapan kawasan pantai mencair ketika suhu persekitaran di bandar Caorle, utara Itali dianggarkan mencecah 37 darjah Celcius.  AGENSI

ROM 11 Ogos -  Seorang pelancong Britain tidak menyangka sama sekali akan menyaksikan satu kejadian aneh iaitu sebuah kereta tiba-tiba ‘mencair’ selepas terkena gelombang panas di Itali, baru-baru ini.

          Mail Online melaporkan, kejadian yang jarang-jarang berlaku itu berjaya dirakamkan oleh seorang pelancong yang dikenali sebagai John Westbrook, ketika dia sedang bersiar-siar di bandar Caorle, utara Itali, baru-baru ini.

 Westbrook berkata, kereta jenama Renault Megane yang diletakkan berhadapan kawasan pantai itu mencair, ketika suhu persekitaran dianggarkan mencecah 37 darjah Celcius.

 “Saya berjaya merakamkan bagaimana lampu, pintu dan cermin sisi kereta tersebut cair selepas gelombang panas melanda kawasan tersebut.

 “Saya berasa terkejut dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku itu,” jelasnya.

 Kata Westbrook lagi, suhu di bandar Caorle berada pada bacaan 35 darjah Celcius sepanjang seminggu percutiannya di sana, menyebabkan banyak aktiviti pada siang hari dihabiskan di kawasan yang berteduh.

 Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Itali mengeluarkan arahan kepada orang ramai termasuk pelancong supaya tidak banyak melakukan aktiviti luar pada waktu siang. - Utusan

Possibly Related Threads...
Cuaca Sejuk Di Thailand Sebabkan 12 Penduduk Maut
Indonesia Denda Syarikat Sebabkan Jerebu Di Malaysia, Singapura Rm4525
335 Penduduk Terkorban Fenomena Panas Terlampau India
Video Berani Pemandu Kereta Hadapi Puting Beliung Lalu Atas Kepala Bawah Jambatan
Kelantan Dinasihat Bersedia Untuk Gelombang Ketiga
Kereta Tersangkut Pada Pokok
Subhanallah Letusan Gunung Tavurvur Sebabkan Awan Menjauhi
Gunung Sinabung Hambur Lahar Panas
Indonesia Kumpul Bukti Dakwa Lapan Syarikat Sebabkan Jerebu Teruk
Kosdunia_singapura Buru Firma Sebabkan Jerebu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 584
Gelombang Panas Sebabkan Kereta Renault Cair
sukawg
97632
Forum Jump: