Gempa 3.3 Skala Ricther Berlaku Di Ranau

Offline
09-01-2015, 02:57 PM,
#1
resim

Kota Kinabalu: Satu gempa bumi berukuran 3.3 skala Ricther dilaporkan berlaku di Ranau, kira-kira jam 1.25 petang, dekat sini, hari ini.

Difahamkan gegaran dirasai Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

Menurut rekod laman sesawang Jabatan Mateorologi Malaysia gempa bumi itu dilaporkan berlaku kira-kira 11 kilometer di Barat Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

Ia gempa bumi susulan terbaru selepas kali terakhir dicatatkan berlaku pada 28 Ogos lalu dengan kekuatan 3.6 skala Ricther.

Setakat ini, lebih 100 gempa bumi dilaporkan di daerah berkenaan sejak 5 Jun lalu. - Metro

Possibly Related Threads...
Ranau Gegar 3.4 Magnitud Selama Lima Saat
Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia Susulan Gempa 5.5 Di Sumatera
Terkini: Tsunami 3 Meter Landa Pantai Jepun Susulan Gempa 7.4 Magnitud
Gempa Kuat 7.1 Magnitud Gegar Tengah Itali Sebentar Tadi
Gempa 6.2 Melanda Itali, Angka Korban Terus Meningkat
Gempa Kuat 6.5 Magnitud Di Sumatera Pagi Ini
Kemungkinan Gempa Bumi Lebih Besar Akan Berlaku Di Lahad Datu
Gempa Di Taiwan Bongkar Ada Bangunan Guna Tin Buat Dinding
Gempa 6.4 Magnitud Melanda Taiwan
Banjir Diramal Berlaku Hujung Tahun Ini
Offline
09-11-2015, 03:03 PM,
#2
Gempa bumi lemah landa Ranau hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 11.16 pagi ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa itu adalah di enam darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11 kilometer barat Ranau.

Gegaran itu dirasai di Ranau dan MetMalaysia akan mengeluarkan maklumat tambahan. - BERNAMA


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81078
Offline
09-12-2015, 08:30 AM,
#3
Sabtu 12 Sept

Gempa lemah 3.2 Richter landa Ranau

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter direkodkan di Ranau yang berpusat 16 kilometer di barat laut daerah itu, jam 2.19 pagi tadi.


Kejadian itu mengakibatkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Ia adalah gempa susulan ke-121 sejak gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter berpusat di Ranau pada 5 Jun lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81251



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 2 <<>> Dilihat: 666
Gempa 3.3 Skala Ricther Berlaku Di Ranau
sukawg
97944
Forum Jump: