Gempar Anak Lembu Tiada Hidung Di Changlun

Online
01-10-2018, 03:23 PM,
#1
resim
ZULKAFLI menunjukkan anak lembu yang dilahirkan dengan ketumbuhan besar dan tanpa hidung. FOTO Mohd Sharumnisham Shahbudin

PENTERNAK dari Changlun terkejut melihat anak lembu betina yang baru dilahirkan tidak mempunyai hidung dan terdapat ketumbuhan besar di kepalanya, semalam.

Zulkafli Ahmad, 57, berkata, sejak dia menternak lembu 17 tahun lalu, inilah pertama kali perkara aneh yang berlaku pada lembu peliharaannya.

Menurutnya, lembu yang digelar 'Hitam' mula menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan anak, kelmarin.

"Semalam, kira-kira 2 petang, apabila ke kandang, saya lihat perut Hitam sudah kempis dan berusaha mencari anaknya dalam semak berhampiran," kata Zulkafli ketika ditemui di kandang lembunya di belakang Taman Beringin di Changlu, hari ini.

Zulkafli yang bersara dari Angkatan Tentera Malaysia pada 2000 berkata, dia kemudiannya terjumpa anak lembu pelik itu di bawah pokok dan menyangka haiwan itu sudah mati.

"Rupa-rupanya masih hidup dan mampu bertahan sehingga hari ini.

"Saya rasakan hayatnya tidak panjang kerana lembu seberat hampir 30 kilogram ini terpaksa bernafas melalui mulut dan tidak boleh makan atau minum. Saya cuma menuangkan air ke dalam mulutnya," katanya.

Menurutnya dia mengganggap anak lembu itu sebagai anugerah daripada Allah SWT dan akan menjaganya selagi ia hidup. - Metro

Possibly Related Threads...
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Panda Gergasi Liang Liang Lahirkan Anak, Nuan Nuan Dapat Adik
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
Tuntut Rm20 Juta: Geran Asal Hilang, Tiada Rekod Di Pejabat Tanah
Padah Mahu Mancung, Silikon Terkeluar Atas Batang Hidung
Viral Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Lalu Jambatan Usang Di Pahang
Dulu Kahwin Tiada Cincin, Kini Suami Gantikan Dengan Sebuah Kapal
Penduduk Gempar Keranda Misteri Ditinggalkan Atas Jalan Di Tawau
Wanita Kulit Hitam Sering Dipersoal Kerana Lahirkan Anak Kulit Putih
Ibu Bapa Diperdaya Pemilik Taska, Anak Masuk Januari Tapi Disember Kena Bayar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 17
Gempar Anak Lembu Tiada Hidung Di Changlun
sukawg
115020
Forum Jump: