Gempar Jenazah Timbul Lepas Sebulan Dikebumikan

Online
11-15-2017, 08:52 PM,
#1




resim
Keadaan mayat masih berkain kapan yang timbul di permukaan kubur di Pontianak, Indonesia.

INDONESIA - Hujan lebat dipercayai punca jenazah yang masih lengkap berkain kapan naik ke permukaan kubur yang menggemparkan penduduk di Pontianak, Indonesia, sejak Isnin lalu.

Jenazah berkenaan ditemui orang ramai di atas kubur di Pemakaman Umum Jalan Hasanudin, Kelurahan Sungai Jawi Luar, Pontianak Barat, Isnin lalu.

Menurut Jawa Pos, jenazah itu ditemui dalam posisi terlungkup di permukaan tanah dan berita penemuan jenazah berkain kapan itu merebak pantas, termasuk melalui media sosial menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tanah perkuburan itu.

Seorang penduduk tempatan, Rio, berkata jenazah itu ditemui penduduk yang datang memotong rumput untuk makanan ternakan di kawasan perkuburan itu sebelum penemuan itu dilapor kepada polis.

Polis yang datang kemudian mengawal lokasi kejadian sehingga keluarga jenazah berkenaan datang.

Menurut penduduk, hujan lebat berlaku di Pontianak sejak beberapa hari lalu dan peningkatkan paras air dalam tanah dipercayai menyebabkan jenazah berkenaan naik ke permukaan.

Ketua Polis Sektor Pontianak Barat, Komisioner Bermawis, berkata: “Siasatan mendapati jenazah itu dikebumikan sebulan yang lalu.

“Keluarga memberitahu ia adalah jenazah ibu mereka.”

Menurutnya, polis menjangka mayat itu timbul kerana air pasang dan bagi mengelak keadaan kecoh serta khabar angin tidak betul, jenazah berkenaan dikebumikan semula. - Metro

Possibly Related Threads...
Bapa Dakwa Anak Demam, Kena Ruam Lepas Minum Susu Enfalac Tiruan
Badan Anak Bengkak, Kemerahan Lepas Minum Susu Tiruan
Kisah Tanggang Moden, 7 Anak Buang Ayah Lepas Kikis Harta Rm4 Juta
Wanita Parah Diserang Beruang Di Pahang 4 Tahun Lepas Masih Trauma
Lepas Potong Kena Masuk Islam Ke? Tanya Brian
Mulai 2018, Mereka Yang Hilang Kerja Dapat Elaun Rm600 Sebulan
Harga Bawang Naik 3 Kali Ganda Lepas India Sekat Eksport
Amoi Malaysia Bebas Tuduhan Belanjakan Rm13 Juta Lepas Bank Tersalah Masuk
Isteri Robohkan Rumah Lepas Suami Curang Bawa Wanita Lain Ke Rumah
Kes Menantu Tpm: Dilihat Meronta Walaupun Tak Sedarkan Diri Lepas Dibius Seluruh Bada



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Gempar Jenazah Timbul Lepas Sebulan Dikebumikan
sukawg
113672
Forum Jump: