Gempar Pekerja Kilang Elektronik Kena Sampuk Beramai-ramai

Offline
08-26-2017, 02:46 PM,
#1
resim
Rawatan dilakukan untuk memulihkan semangat pekerja yang terkena gangguan.

PUCHONG – “Saya tak ingat apa-apa cuma sebelum tu rasa tak sedap badan, menggeletar dan tubuh jadi berat,” kata seorang daripada 10 pekerja kilang elektronik yang diserang histeria di kilang berkenaan di sini, kelmarin.

Pekerja yang enggan identitinya didedahkan berkata, kejadian berlaku sebaik sahaja selesai makan namun tidak mengingati sepenuhnya apa yang berlaku hinggalah tersedar dan berada di asrama pekerja.

“Sebelum kejadian lebih kurang 1.40 pagi saya duduk makan di bangunan baru sebelah kilang, masa nak berjalan masuk ke tempat bekerja, tiba-tiba saya rasa badan panas, menggigil dan menggeletar.

“Bila nak masuk saja bahagian tempat bertugas, saya rasa macam ada sesuatu ikut di belakang dan terus tolak saya dengan kuat,” katanya.

Menurutnya, dia mendengar suara kawan-kawan yang menyuruhnya ‘melawan’ benda yang merasuk dalam tubuh badannya, namun selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku.

“Saya cuma tahu diserang histeria bila dah sedar dan dah berada di asrama pekerja,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, serangan itu bukan pertama kali dan gangguan dalam kalangan pekerja wanita di kilang berkenaan berlaku hampir setiap bulan.

Gangguan itu didakwa terhenti beberapa bulan selepas pekerja  yang diganggu makhluk halus mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam Malaysia (Al-Qalam) pada 29 April lalu.

Bagaimanapun, pekerja kilang itu sekali lagi diganggu makhluk halus ketika kerja-kerja pemulihan dijalankan Al-Qalam di bangunan baharu kilang tersebut.

Pengasas Al Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, berkemungkinan makhluk halus yang ‘diusir’ dari bangunan baharu itu berpindah ke blok bersebelahan tempat pekerja bertugas.

“Empat pekerja kilang terkena gangguan dan pulih selepas mendapatkan rawatan. Saya dapati gangguan itu bukan disebabkan kawasan persekitaran tetapi berpunca daripada individu lemah semangat, kurang menjaga kebersihan diri, tidak menjaga solat dan aurat.

“Saya dah suruh mereka bertaubat, pelihara solat, jaga aurat dan hindari maksiat. Saya nasihatkan juga supaya jangan derhaka dengan ALLAH, ibu bapa dan suami. Kami hanya bantu tapi ALLAH yang menyembuhkan,” katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Di Jepun, Syarikat Cipta Dron Untuk Paksa Pekerja Balik Rumah
Memalukan! Orang Ramai Kebas Air Mineral Untuk Peserta Marathon
Lembu Kena 'rogol' Lahirkan Anak Berwajah Manusia
Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan Mayat Reput Yang Dibalut Dengan Tilam Nipis.
King Cobra Xxl Telah Ditangkap Pekerja Kelapa Sawit!
Pekerja Nepal Dakwa Dicekik Hantu.
Peragut Kena Belasah Kat Maybank Damansara Uptown.
[pelik] Kena Rendam Sebab Telah Berzina.
Pekerja Kilang Di Paksa Pakai Lampin Supaya Tidak Buang Masa Ketandas.
Kilang Organ Mayat Manusia Yang Mengerikan Di Rusia.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 135
Gempar Pekerja Kilang Elektronik Kena Sampuk Beramai-ramai
sukawg
112212
Forum Jump: