Hadi Tak Kisah Kalau Tak Tersenarai Dalam Kabinet Bayangan Pakatan

Offline
05-19-2015, 02:53 PM,
#1
resim

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, isu Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) tidak begitu penting baginya dan beliau tidak berkecil hati sekiranya tidak tersenarai di dalamnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS lebih berminat memberi perhatian kepada usaha menawan Putrajaya.

"Nama saya tak masuk dalam Kabinet itu pun tak apa, tak jadi masalah.

"Apa yang penting kita menang dan bagaimana nak mengisikan kemenangan itu, dan bukannya siapa-siapa yang jadi menteri," kata Hadi pada program Bicara Harakah di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas tentang cadangan pembentukan Kabinet bayangan itu yang dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kenyataan itu sekali gus menjarakkan lagi hubungan Hadi dan pimpinan PR lain yang akhir-akhir ini dilihat tidak sehaluan dalam kesungguhan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Dr Wan Azizah, presiden PKR yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh dan dilantik ketua pembangkang semalam, mahu melaksanakan kembali Kabinet bayangan PR.

Katanya, jawatankuasa Kabinet bayangan setiap kementerian akan diwakili ahli Parlimen PR yang bertujuan memperkukuhkan timbang tara dalam kerajaan demi memelihara kepentingan rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaan Kabinet bayangan akan dilaksanakan mengikut turutan berdasarkan kepentingan yang diutamakan selepas beliau mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan PR atas persetujuan bersama.

"Perbincangan hati ke hati yang kita bakal lakukan adalah dengan mengambil kira dasar bersama PR bertujuan untuk mematahkan dakyah politik perkauman dan agama oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya pada sidang media di Parlimen semalam. – 19 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Sejarah Kekalahan Pas Tanpa Pakatan Politik.
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Dap Tolak Kabinet Bayangan Cadangan Wan Azizah
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Nazri Cabar Dr M: Kalau Berani Datanglah Pekan
Tiada Rombakan Kabinet, Kata Pejabat Perdana Menteri
Hadi: Najib Tak Perlu Undur
Pas, Hadi Setuju Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang
Tidakkah 1MDB pernah dibincangkan di Kabinet, soal speaker Sabah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 596
Hadi Tak Kisah Kalau Tak Tersenarai Dalam Kabinet Bayangan Pakatan
ringgit maker
95774
Forum Jump: