Hamas Dakwa Tangkap Ikan Lumba-lumba Perisik Israel Dilengkapi Kamera, Anak Panah

Offline
08-20-2015, 03:54 PM,
#1
resim
Hiasan

GAZA - Seekor ikan lumba-lumba disyaki melakukan 'misi mengintip untuk Israel' dilaporkan ditangkap oleh kumpulan pergerakan Hamas di Laut Mediterranean.
 
Ikan yang mendapat perhatian pergerakan Palestin tersebut kerana ia melakukan pergerakan dalam air yang 'mencurigakan', kata Hamas.
 
Kumpulan yang menguasai pantai berkata, ikan lumba-lumba tersebut dilengkapi dengan kamera video dan peralatan pengintipan lain.
 
Munurut Al Quds, ikan tersebut juga membawa peralatan yang boleh melepaskan anak panah yang boleh mencederakan manusia. Haiwan tersebut kini berada dalam jagaan Hamas.
 
Ikan lumba-lumba, seperti singa laut, telah digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sejak tahun 1960 bagi tujuan pengintipan.
 
Haiwan, burung malah rodensia (tikus) digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengintipan di Timur Tengah.
 
Pada 2007, sebanyak 14 ekor tupai dilaporkan 'ditahan' atas dakwaan mengintip di Iran. Rangkaian media negara itu, IRNA, melaporkan rodensia itu ditemui membawa 'peralatan mencuri dengar'.
 
Setahun selepas itu, pihak berkuasa keselamatan Iran menahan dua suspek 'burung merpati' dekat kemudahan nuklear.
 
Pada 2011, seekor 'burung hering Mossad' ditangkap di Arab Saudi kerana disyaki melakukan pengintipan. - sumber

Possibly Related Threads...
Lelaki Palestin Mati Ditembak Keluarga Sendiri Lepas Belot Bantu Israel
Baitulmaqdis: Korban Serangan Israel Meningkat 13 Orang
Gadis Palestin Tampar Tentera Israel Didakwa
Mcdonalds Malaysia Nafi Salur Dana Bantu Israel
Angka Maut Bertempur Tentera Israel Dilapor Meningkat 4 Orang
Serangan Udara Israel Bunuh 3 Penduduk Palestin
Iron Dome Israel Pintas Roket Dari Gaza
Keputusan Trump Iktiraf Ibu Kota Israel Cetus Kemarahan Palestin
Trump Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Israel, Arah Kedutaan Pindah
Trump Akan Umum Baitulmaqdis Ibu Kota Israel Hari Ini



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 608
Hamas Dakwa Tangkap Ikan Lumba-lumba Perisik Israel Dilengkapi Kamera, Anak Panah
sukawg
97811
Forum Jump: