Hangpa sedaq dak…

Offline
10-07-2011, 09:16 AM, (This post was last modified: 10-07-2011, 05:06 PM by Geesya.)
#1
Hangpa sedaq dak…
La ni kemudahan yang kita ada tu banyak tapi masa pulak dok gaduh tak cukup…
Pejam celik, pejam celik… bebudak dah nak cuti sekolah hujung tahun dah… jenuh berkelahi ngan anak cucu pulak lepaih ni… hihi…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada banyak orang orang pandai, tapi ramai pulak yang kurang bijak dalam buat penilaian hidup… Ada akai tak pakai, ikut nafsu secara melulu…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada ramai doktor, tapi lebih banyak penyakit pulak yang kita dok dengaq…
Penyakit yang tak pernah dengaq pun dah dicipta sama banyak ngan ubat… haha… lagi banyak ubat, lagi ramai yang tak sihat…

Hangpa sedaq dak…
Kita la ni kurang membaca, kerap sangat tengok tivi lalu sembahyang jadi kurang…
Otak jadi beku bila kurang ilmu, badan lembab dan pemalaih pasai selalu tengok tivi dikerusi malaih, hamba dengan pencipta dah jadi jauh mana hala bila solat kita lupa…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita gelojoh berbelanja, kurang senyum… jalan macam ribut…
Gelojoh berbelanja tu dah ikut setan, kurang senyum pasai letih pikiaq tang mana nak cari duit, jalan macam ribut pasai dok ligan duit… haha…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita berebut pegang jawatan, tapi nilai keja tak ketahuan…
Kalau boleh tu, tok imam pun nak pegang… tok bilai pun nak sapu… tapi subuh berapa orang yang mai bersolat pun dia tak tau…

Hangpa sedaq dak…
Benda benda tu semuanya jadi depan mata tapi ramai kita buat tak tau jaa… Pikiaq sekali sekala pun baguih jugak… tengok tang mana yang tak kena, yang perlu kita nilai semula…TongueTongueTongueTongue


hangpa sedaq dak gelakym gelakym (lulus dak ni) ConfusedConfusedConfused
Offline
10-07-2011, 11:26 AM,
#2
...... pikiaq tang mana nak cari duit, jalan macam ribut pasai dok ligan duit ....

kejar duit.. hmm
Offline
10-07-2011, 03:57 PM,
#3
sedaq chek....! tima kasih pasai bagi sedaq..



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 2 <<>> Dilihat: 1663
Hangpa sedaq dak…
Geesya
15203
Forum Jump: