Hantar Video Lucah, Janda Didakwa Peras Ugut Lelaki Untuk Dapatkan Wang

Offline
02-12-2018, 01:05 PM,
#1
resim
PEGAWAI SPRM Pulau Pinang membawa Noraniza Jelani, 30, ke Mahkamah Sesyen Butterworth, atas tuduhan melakukan pemerasan kepada orang awam pada Ogos 2015.

WANITA yang juga pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tiga pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bandar Tasek Mutiara, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Noraniza Jelani, 30, didakwa secara bersama dengan bekas suaminya, 28, memeras ugut seorang lelaki untuk mendapatkan wang dengan menuduh mangsa menghantar video lucah kepadanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Mohamad Nazri di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Noraniza hadir ke mahkamah tanpa bekas suaminya itu.

Tertuduh bagaimanapun minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Ahmad Ghazali kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin dengan alasan dia menyara ibu bapanya.

Hakim Sitarun Nisa kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 9 Mac ditetapkan untuk sebutan semula. - Metro

Possibly Related Threads...
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
2 Didakwa Bunuh 2 Beradik Ketika Sambut Hari Jadi Di Pj
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Berang Jiran Kotorkan Halaman Rumah, Lelaki Sabit Kepalanya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 27
Hantar Video Lucah, Janda Didakwa Peras Ugut Lelaki Untuk Dapatkan Wang
sukawg
115809
Forum Jump: