Haram Main Forex Dalam Talian, Kata Mufti Perlis

Offline
01-18-2017, 08:07 AM,
#1
resim
Asri berkata, terdapat unsur maisir dan gharar dalam perdagangan forex dalam talian.

GEORGE TOWN: Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan fatwa melarang perdagangan dalam pertukaran mata wang asing atau forex dalam talian.

“Perdagangan forex dalam talian perlu dihentikan segera.

“Kami mendapati platform forex, sama ada di dalam atau luar negara adalah haram,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Beliau berkata, secara amnya, pertukaran mata wang asing membabitkan wang tunai dibenarkan kerana ia adalah pertukaran satu-kepada-satu dan serta-merta.

Bagaimanapun, katanya, spekulasi dan perdagangan forex dalam talian adalah haram berdasarkan beberapa sebab.

Beliau berkata, sebab utama ialah kekurangan tunai sebenar melalui “hakiki atau hukmi”, selain wujud unsur riba yang dimanfaatkan melalui kemudahan seperti pinjaman tunai ditawarkan platform forex.

“Terdapat juga unsur maisir (judi) yang mendedahkan pedagang kepada peluang keuntungan atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi pergerakan nilai mata wang di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurus niaga.

“Unsur gharar (ketidakpastian) juga wujud bagi penyedia platform dan kekurangan undang-undang memantau perdagangan serta kesahihan transaksi,” katanya.

Difahamkan, fatwa itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. - FMT

Possibly Related Threads...
How to be consistently profitable in forex trading.
The Main reason Why Forex Traders Fails.
kisah dongeng forex
Forex Calculator
Nenek 60 Tahun Pun Boleh Jadi Jutawan Forex, Kita Bila Lagi.......
Petikan Dari Laman Seorang Yang Berpengalaman Dalam Dunia Forex
KONSEP LEVERAGE DALAM ISLAM ..wajib baca...!!!!!
TEN WINNING HABITS IN FOREX TRADING
[Artikel mstar paper]Online Forex Untung atau terpedaya??
Panas Bappebti Block 10 Broker Forex Di Indonesia
Offline
06-10-2017, 03:29 PM,
#2
saya berniaga kat forex dengan modal percuma lewat posting saya dapat deposit untuk modal. saya berniaga untuk dapat profit dengan skill saya untuk makan juga untuk anak bini. apa saya salah tuan dibanding saya merampas hak milik orang lain?



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 507
Haram Main Forex Dalam Talian, Kata Mufti Perlis
sukawg
107333
Forum Jump: