Harga Bawang Naik 3 Kali Ganda Lepas India Sekat Eksport

Offline
12-04-2017, 07:12 AM,
#1
resim
resim
SALMAN, nama tak nak kalah.

SERDANG – Harga pelbagai jenis bawang didapati melonjak hampir tiga kali ganda sejak dua bulan lalu berikutan tindakan pengeksport terbesar komoditi tersebut, India yang mengehadkan penjualannya ke negara lain.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pemborong bawang di sekitar Lembah Klang mendapati, harga bawang pelbagai saiz dari India melambung dua hingga tiga kali ganda mencecah RM36 bagi satu guni (sembilan kilogram) berbanding RM13 satu guni dua bulan lepas.

Menurut salah seorang petugas di sebuah pusat borong di Seri Kembangan, Salman Jan, 32, harga bawang besar dari India terpaksa dijual pada harga RM36 satu guni ekoran pembekal menaikkan harga.

“Bawang kecil dari India pula sudah seminggu tidak ada stok dan terpaksa dijual pada harga RM11 bagi 2.5 kilogram berban*ding RM6 hingga RM7.50 sebelum ini.

“Ada pilihan lain iaitu bawang dari China yang dijual pada harga RM27 seguni tapi ramai yang tidak suka bawang dari China ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Suami Bakal Dipenjara Lepas Tangkap Isteri Tidur Dengan Bos
Lelaki Kristian Disebat 36 Kali Kerana Jual Arak Di Aceh
Terharu Lihat Warga Emas Peluk Kucing Lepas Rumah Musnah Terbakar
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
18~24 Jan: Harga Petrol Naik 4 Sen
Pensyarah Meninggal Dunia Lepas Bayar Tol Di Lpt2
Harga Ikan Kembung Jatuh Rm3 Sekilogram
Ustaz Rugi Rm500,000 Lepas Ditawar Harta Karun Dibawa 7 Unta
Lepas Sejuk Macam Korea, Kuala Pilah Kini Kembali Panas
Gedung Pakaian H&m Diserang Lepas Keluarkan Iklan Rasis



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Harga Bawang Naik 3 Kali Ganda Lepas India Sekat Eksport
sukawg
114054
Forum Jump: