Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan

Offline
09-15-2017, 08:46 AM,
#1


resim

NEW YORK 15 Sept: Harga minyak mentah naik hari ini, dengan Brent ditutup pada paras tertinggi lima bulan.



Ia berikutan faktor kelemahan nilai dolar dan selepas beberapa laporan yang mengunjurkan pasaran berkemungkinan menerima kesan lanjut susulan peningkatan harga bahan api.

West Texas Intermediate buat seketika berjaya melepasi paras AS$50 satu tong hari untuk ditutup 59 cent, atau 1.2 peratus lebih tinggi, pada AS$49.89 satu tong, paras penutup tertinggi sejak Julai 31.

Indeks penanda aras Brent menambah 31 cent, atau 0.6 peratus, untuk ditutup pada AS$55.47 satu tong, paras penutup tertinggi sejak 13 April.

Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) turun 0.4 peratus berbanding beberapa mata wang utama, menjadikan minyak lebih murah bagi mereka yang memegangnya dalam mata wang asing.

Minggu lalu indeks itu turun ke paras terendah sejak awal 2015.

Penanda aras minyak Laut Utara itu sudah menokok lebih AS$10 satu tong dalam tempoh tiga bulan. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
29 Sept: Harga Brent Terus Turun
Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 473
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
sukawg
112522
Forum Jump: