Harga Minyak Dijangka Kekal Usd50 Hingga Usd60 Setong

Online
12-05-2017, 06:20 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengunjurkan harga minyak dunia kekal berlegar antara AS$50 (RM204.06) hingga AS$60 (RM244.87) setong memandang*kan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC mengurangkan bekalan sehingga 1.8 juta tong sehari.



Naib Presiden Kumpulan Perolehan Petronas, Samsudin Miskon berkata, pada ketika Laporan Prospek Aktiviti Petronas bagi tempoh 2017-2019 diterbitkan, harga minyak melonjak sehingga AS$60 setong disebabkan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.

“Bagaimanapun dalam masa singkat, harga minyak mentah dijangka kekal tidak menentu memandangkan peniaga mungkin akan merebut peluang daripada pergerakan harga tersebut. Keadaan geopolitik juga akan meningkatkan harga minyak memandang*kan pasaran masih cuba membuat ke*se*im*bangan.

“Untuk itu, kami memilih untuk kekal berhemah sehingga kami yakin trend ali*ran semasa adalah mapan. Malah keba*nyakan penganalisis juga bersetuju harga minyak pada AS$100 (RM408.11) setong adalah perkara yang sudah berlalu,” katanya dalam Laporan Prospek Aktiviti Petronas (PAQ) bagi 2018-2020 yang diterbitkan hari ini.

Laporan yang dikeluarkan Petronas itu mengandungi perspektif dalam trend industri, prospek permintaan dan pe*rancangan syarikat bagi tempoh tiga tahun akan datang serta diterbitkan untuk meningkatkan aliran maklumat pasaran yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE).

Dalam laporan berkenaan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyifatkan ekosistem minyak dan gas di Malaysia perlu dibentuk semula bagi membolehkan syarikat yang beroperasi di negara ini menjadi lebih efisien.

“Malah dengan saiz dan skala ekonomi ini juga akan membuatkan mereka lebih berdaya tahan dan berdaya saing di pering*kat global,” katanya.

Sehubungan itu, da*lam laporan tersebut Petronas menggariskan tiga faktor yang mendorong kepada pemulihan harga minyak global terutama perjanjian yang perlu dipatuhi oleh OPEC dan negara bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran melalui ikrar yang ditandatangani pada November 2016.

Sebagai negara OPEC, Arab Saudi merupakan penyumbang utama kepada pemotongan pe*nge*luaran ini dengan 500,000 tong sehari diikuti Rusia iaitu sebanyak 300,000 tong sehari dan Malaysia turut menyokong perjanjian itu dengan mengurangkan pengeluaran sehingga 20,000 tong sehari.

Selain itu, respons yang pantas daripada pemain industri mi*nyak dan gas di Amerika Syarikat (AS) terhadap turun naik harga minyak turut mendorong kepada pemulihan harga.

Dalam laporan Prospek Tenaga Jangka Pendek yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada November 2017, pengeluaran minyak mentah AS dijangka meningkat daripada 9.2 juta tong sehari kepada 9.9 juta tong sehari pada 2018.

Menurut Petronas, permin*taan global yang sihat akan me*mudahkan stok minyak me*nu*run dan mempercepatkan ke***seimbangan kepada pasaran minyak global. Ketika ini permintaan global minyak merekodkan 98 juta tong sehari dan dijangka meningkat 1.4 juta tong sehari pada tahun hadapan de*ngan 57 peratus daripada per*tumbuhan disumbangkan me*nerusi rantau Asia Pasifik terutama China dan India.

Dalam laporan itu juga, Petronas menyifatkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan berada dalam momentum yang betul untuk beroperasi pada 2019.

Sementara itu, Fitch Ratings dalam kenyataannya menganggarkan harga minyak mentah Brent akan berlegar pada AS$52.50 (RM214.26) setong pada tahun hadapan dan kemudiannya meningkat secara berperingkat kepada AS$57.50 (RM234.66) setong.

Di bawah perjanjian yang di*umumkan Khamis lalu, OPEC, Rusia dan negara lain yang terlibat akan mengekalkan pengeluaran mereka sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga akhir 2018, bergantung kepada semakan interim pada Jun 2018. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan
Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018
29 Sept: Harga Brent Terus Turun
Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 335
Harga Minyak Dijangka Kekal Usd50 Hingga Usd60 Setong
sukawg
114085
Forum Jump: