Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini

Offline
07-10-2017, 09:31 AM,
#1


resim
  
NEW YORK: Permintaan minyak mentah global yang bertambah dijangka melonjakkan semula harganya sehingga AS$60 setong sebelum akhir tahun ini.



Laporan media Barron's, yang memetik nota penyelidikan Penganalisis Kanan Tenaga Citibank, Eric Lee, berkata turut menyokong kenaikan itu adalah bekalan yang terhad daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Lee ialah Penganalisis yang sebelum ini meramalkan kejatuhan pasaran minyak semasa harga melebihi AS$100 setong.

Penurunan harga minyak mentah Brent kepada serendah AS$40 beberapa minggu kebelakangan ini menjadikan ramalan Lee tempat untuk jangka pendek, kata laporan Barron's itu.

Lee mengunjurkan permintaan 97.3 juta tong sehari pada 2017, rekod tertinggi, berbanding 96 juta pada 2016.

Ia dipacu sebahagian besarnya oleh pasaran sedang pesat membangun seperti China dan India.

Dalam masa sama, pengurangan bekalan daripada OPEC sebanyak 700,000 tong sehari berbanding purata pengurangan 2016 boleh meningkatkan harga minyak sebelum akhir suku keempat. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar
Harga Minyak Dunia Hampiri Usd55 Setong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 637
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
sukawg
111305
Forum Jump: