Harga Minyak Naik, Brent As$63.47 Setong

Offline
12-17-2017, 02:17 PM,
#1
[Image: brent2.transformed.jpg]




SINGAPURA: Harga minyak meningkat pada Jumaat disebabkan penutupan saluran paip utama Forties di North Sea dan pemotongan pengeluaran berterusan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$57.28 setong pada 0757 GMT, naik 26 cents, atau 0.5 peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras harga minyak antarabangsa pada AS$63.47 setong, naik 16 cents, atau 0.25 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Kerosakan berterusan pada saluran paip Forties, yang menyalurkan minyak dari North Sea ke Britain, adalah pemacu utama harga minyak, kata peniaga.

"Pengendali saluran Forties, Ineos mengisytiharkan 'force majeure' bagi penghantaran minyak mentah susulan penemuan kebocoran pada saluran Selasa lalu, menunjukkan kerja membaik pulih mengambil masa beberapa minggu," kata bank pelaburan AS, Jefferies.

Walaupun gangguan saluran paip itu secara fizikalnya memberi kesan kepada wilayah North Sea, ia turut berkait dengan global kerana bekalan minyak mentahnya adalah sebahagian daripada bekalan menyokong penanda aras harga Brent.

"Jika tempoh gangguan itu berlaku selama beberapa minggu, ia akan meletakkan tekanan ke atas harga Brent," kata Jefferies. - Reuters

Possibly Related Threads...
Kenapa Harga Minyak Malaysia Tidak Patut Dibandingkan Dengan Brunei
Teknik Naik Komuter Paling Dibenci Semua Penumpang "sila Jangan Tiru"
Harga Baru Lesen Motor Dan Kereta Mulai 14 Julai 2014.
Khidmat Masyarakat - Kes Remaja Hilang di Taman Permai Jaya,Bukit Minyak.
[info] Perodua Alza Terbaru - Harga Pasaran.
[Info] Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia(?) - Harga Petrol.
Harga Ikan Kembung Di Kedah Meningkat.
Demonstrasi Bantah Harga Barang Naik
Poster Tatatertip Sopan Naik Keretapi Dari Jepun 7 Gambar
Pesta Pulau Pinang Jadi Pesta Harga Naik.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 20
Harga Minyak Naik, Brent As$63.47 Setong
Reez Ramsey
114440
Forum Jump: