Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan

Offline
07-26-2017, 03:35 PM,
#1


resim

NEW YORK: Harga minyak dunia meningkat 3.3 peratus untuk ditutup ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas pengeluar minyak Amerika Syarikat (AS), Anadarko berkata ia akan mengurangkan rancangan perbelanjaan modal.



Ia turut didorong oleh janji Arab Saudi untuk mengurangkan eksport minyak mentah dalam usaha mengekang lebihan bekalan di peringkat global.

Kontrak hadapan Brent naik AS$1.60 atau 3.3 peratus untuk ditutup pada AS$50.20 setong, kali pertama minyak penanda aras itu ditutup melebihi AS$50 setong sejak 6 Jun lalu.

West Texas Intermediate pula meningkat AS$1.55 atau 3.3 peratus untuk ditutup pada AS$47.89 setong, yang tertinggi sejak awal Jun lalu.

Pengurus Pelaburan Serantau di U.S Bank, Mark Watkins berkata harga minyak yang lebih rendah pada bulan Jun dan Julai telah memberi kesan kepada pengeluaran syal AS.

"Syarikat tidak lagi menggali sepantas yang mereka lakukan pada permulaan tahun 2017. Mereka tidak lagi mengeluarkan banyak stok kerana ia lebih kurang untung dengan harga menjadi serendah AS$40 bagi setong minyak," katanya.

Isnin lalu, Anadarko Petroleum Corp mencatat kerugian suku tahun yang lebih besar daripada jangkaan dan ia berkata akan mengurangkan peruntukan modal sebanyak AS$300 juta kerana kejatuhan harga minyak.

Ia adalah pengeluar minyak besar yang pertama di AS berbuat demikian. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar
Harga Minyak Dunia Hampiri Usd55 Setong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 416
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
sukawg
111640
Forum Jump: