Henti Persengketaan, Titah Sultan Johor

Offline
10-03-2015, 02:13 PM,
#1
resim
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Yazit Razali 

BATU PAHAT: Sikap toleransi, budaya saling hormat menghormati dan membantu antara satu sama lain serta menjauhi sikap berdendam adalah nilai mulia yang perlu dihayati oleh semua pihak, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. 

Baginda yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), bertitah tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang boleh maju dan membangun jika rakyatnya hidup bermusuhan dan bersengketa antara satu sama lain. 

"Walaupun kita berada dalam lingkungan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam, namun perpaduan dan semangat toleransi yang tinggi dapat dihayati oleh setiap anggota masyarakat. 

"Sekiranya semangat perpaduan ini tidak kita pelihara dengan baik, maka tidak mustahil benih-benih perpecahan dan perbalahan akan muncul dan merosakkan keharmonian hidup masyarakat yang berbilang kaum," titah baginda. 

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen UTHM ke 15 di Dewan Sultan Ibrahim UTHM di sini, sebentar tadi. 

Yang turut hadir ialah Tunku Mahkota Johor yang juga Pro Cancelor UTHM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Hadir sama ialah Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Tan Sri Dr Ir Jamilus Md Hussin dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin. 

Pada majlis konvokesyen itu juga, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains (Pembangunan Insan) kepada Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot. - BH

Possibly Related Threads...
Tengku Sulaiman Gagal Permohonan Tuntut Takhta Sultan Terengganu
Singapura Digesa Henti Hukuman Mati Terhadap Banduan Malaysia
Jururawat Dari Johor Jadi Pilihan Hospital Luar Negara Dengan Gaji Rm20,000 Sebulan
Radar Tentera Berteknologi Tinggi Dilapor Hilang Di Pelabuhan Johor
Bekas Exco Johor Didakwa Ubah Wang Haram Rm35.7 Juta Pula
Adinda Sultan Selangor Mangkat
Lelaki Buat Laporan Polis Syak Terbeli Beras Plastik Di Johor
Mh128: Henti Sajikan Arak Atas Faktor Keselamatan
Sultan Melaka Dilapor Bina Istana Di Indonesia
Misi Mencari 9 Kru Kd Perdana Di Perairan Sedili Johor



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 455
Henti Persengketaan, Titah Sultan Johor
sukawg
98692
Forum Jump: