Hidung Patah Ditumbuk Gara-gara Kasut Adidas Di Klcc

Offline
11-13-2017, 08:21 PM,
#1
http://www.youtube.com/watch?v=MMccrOhBprA


resim

resim
Faiz patah tulang hidung dan lebam pada mata ditumbuk lelaki yang potong barisan ketika beratur membeli kasut edisi terhad, Sabtu lalu.[/quote]

KUALA LUMPUR - Hanya kerana menegur seorang lelaki yang memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut di butik pusat beli-belah di ibu negara, pembantu pemasaran berusia 22 tahun ditumbuk lelaki itu menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya lebam, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 6 pagi itu, Faiz Hariz Nurhuda, beratur untuk membeli kasut edisi terhad berharga RM1,150 sebelum didatangi lelaki terbabit.

"Saya sudah ada di pusat beli-belah itu sejak 2 pagi lagi sebelum berlari ke tingkat 3 bangunan itu pada 6 pagi sebaik pintu pusat beli belah dibuka.

"Bagaimanapun, ketika saya beratur di hadapan butik itu datang sekumpulan lelaki yang meminta kami beratur mengikut senarai nama yang disediakan," katanya.

Menurutnya, pelanggan yang beratur tidak mengendahkannya menyebabkan seorang daripada sekumpulan lelaki itu mengamuk.

"Dia marah dan menjerit sebelum memotong barisan saya. Saya beritahu dia 'first come first serve' (siapa cepat dia dapat) sebelum kami bertengkar seperti dalam video yang tular itu.

"Lelaki itu tidak puas hati dan menumbuk saya di muka menyebabkan hidung saya patah dan mata saya lebam," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman video yang tular melalui media sosial.

"Setakat ini polis giat mengesan suspek yang mencederakan mangsa akibat pergaduhan di butik di pusat beli-belah berkenaan.

"Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini. - Metro

====

Jenama produk sukan terkenal Adidas baru-baru ini melancarkan model ‘sneakers’ edisi terhad iaitu Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams pada 11 November lepas.

Hanya cawangan yang terpilih sahaja difahamkan menerima beberapa pasang model khas tersebut, termasuklah butik Adidas Original di pusat beli-belah Suria KLCC di ibu negara.

Semestinya para pengumpul barangan sukan berprestij itu akan berpusu-pusu menyerbu untuk mendapatkan sepasang kasut yang dikatakan berharga dalam lingkungan RM1,000 ini.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila berlaku satu insiden pergaduhan di antara dua lelaki di cawangan Adidas KLCC itu gara-gara berebut giliran untuk mendapatkan kasut idaman terbabit.

Menerusi rakaman video berdurasi 51 saat, seorang pemuda pada mulanya dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kepada individu yang memakai topi dengan condong ke belakang, dipercayai kerana memotong gilirannya.

Pada mulanya mereka hanya bertikam lidah hinggalah lelaki itu secara tiba-tiba menghayunkan satu tumbukan curi tepat ke muka pemuda terbabit.

“Bro, tidak ada penggunaan ‘name list‘ untuk Adidas… Come on, dah dua tahun aku beratur tak pakai pun list-list ni, dari jam 2 pagi aku tunggu dekat luar,” kata pemuda berkenaan.

Pemuda yang jatuh itu kemudian cuba dileraikan orang ramai namun segelintir daripada mereka melakukan ‘pukul curi’ kepada mangsa yang dikerumuni.

Menurut maklumat netizen, mangsa ditumbuk itu berada di pihak yang benar kerana dia hanya menerangkan perkara yang sebenar bagi menyelasaikan segala salah faham.

Pihak pengurusan Adidas KLCC sendiri telah menetapkan konsep first come first served untuk pembeli yang menunggu giliran di luar pintu, namun muncul pula satu ‘list’  lain yang ditetapkan sendiri oleh beberapa individu.

Sehingga kini, rakaman insiden terbabit mengundang kecaman malah ada yang menyifatkan ‘terlalu malu’ melihat sikap remaja berkenaan yang sanggup guna kekerasan bagi mendapatkan apa yang dingininya.


resim
resim

Possibly Related Threads...
Kasut Adidas: Lelaki Didakwa Hari Ini, Tak Mengaku Tumbuk
Gara-gara Viral Foto Tersenyum Di Lokasi Kemalangan, Wartawan Kena Pecat
Kasut Adidas: Si Penumbuk Tak Puas Hati, Dakwa Akhbar Buat Fitnah
Lelaki Tumbuk Muka Kerana Kasut Adidas Sudah Ditahan
Lando Ditahan Gara-gara Kunci Pagar Pejabat Tanah Seri Petaling
Anak Tiada Dokumen Gara-gara Ibu Bapa Terlanjur Dan Tak Mahu Kahwin
Warga Emas Ditahan Gara-gara Beli Pistol Tembak Cicak
Jari Putus Tersepit Pintu Gara-gara Bergurau Dalam Kelas
Presiden Jokowi Terpaksa Berjalan 2km Gara-gara Kesesakan Jalanraya
Filipina Larang Pakai Kasut Tumit Tinggi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Hidung Patah Ditumbuk Gara-gara Kasut Adidas Di Klcc
sukawg
113627
Forum Jump: