Hospital Swasta Tawar Gaji Rm150,000 Sebulan Kepada Doktor Pakar

Offline
09-20-2017, 07:19 AM,
#1
resim
resim

KEPALA BATAS 19 Sept. – Tawaran gaji lumayan sehingga mencecah RM150,000 sebulan daripada hospital swasta serta luar negara menjadi punca utama ramai doktor pakar kerajaan meletak jawatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, gaji berkenaan dianggap lebih menarik berbanding gaji pokok RM15,000 yang dibayar kerajaan kepada kumpulan doktor pakar tempatan ketika ini.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya Jabatan Per*khidmatan Awam (JPA) mengkaji semula skim gaji doktor pakar dan petugas dalam sektor kesihatan.

“Bukan sahaja doktor pakar kita diminati, malah jururawat dari negara ini juga menerima tawaran gaji mencecah RM10,000 sebulan di luar negara.

“Dalam pembentangan Bajet 2016 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan tangga gaji bagi doktor pakar D54 ke D56 yang menyaksikan 2,100 doktor pakar menikmati tangga gaji baharu, namun masih ramai yang berhenti kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengi*ringi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff melawat Hospital Kepala Batas, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta JPA mengkaji semula tangga gaji tenaga pakar dalam sektor kesihatan bagi mengelakkan golongan profesional berkenaan berhijrah ke negara lain sehingga negara kekurangan doktor pakar.

Menyedari hakikat itu, Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan golongan doktor pakar tidak menamatkan perkhidmatan mereka dalam sektor kerajaan.

Antaranya kata beliau, dengan memperkenalkan program bayaran penuh oleh pesakit yang boleh memilih doktor pakar untuk merawat mereka di hospital kerajaan.

“Bayaran akan diserahkan kepada doktor pakar berkenaan serta kakitangan yang membantu dan dengan itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan,” katanya.

Dalam masa sama jelas beliau, kerajaan juga telah mewujudkan skim khas bagi membolehkan doktor sedia ada menyambung pengajian dalam bidang sarjana di universiti tempatan.

“Seramai 500 doktor telah lulus pengajian, namun kita mendapati satu pertiga daripada mereka berhenti kerja,” katanya.

Hilmi berkata, Kementerian Kesihatan juga bersetuju sekiranya JPA mengkaji tangga gaji pegawai perubatan Gred 41 yang menerima gaji pokok RM4,000 ketika ini. - Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Enggan Cerita, Tapi Doktor Dedahkan Belut Dimasukkan Ikut Dubur
Doktor Keluarkan Belut Dari Dalam Perut, Dimasukkan Ikut Dubur
Pm Najib Lawat Anwar Di Hospital
Gempar Jenazah Timbul Lepas Sebulan Dikebumikan
Lubang Misteri: Cahaya Dilihat Sebenarnya Udara Yang Terperangkap, Kata Pakar
Bukan Sebulan, Lelaki Sudah 5 Tahun Tak Basuh Baju
Sindiket Tawar Wakaf Quran Rm600 Senaskhah
Waris Terima Rm127,000 Biarpun Baru Sebulan Mencarum Rm90
Zahid Umum Dana Rm500,000 Kepada Ppim
Pakar Tangkap Jin Yang Pertama Di Dunia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 43
Hospital Swasta Tawar Gaji Rm150,000 Sebulan Kepada Doktor Pakar
sukawg
112612
Forum Jump: