Huawei Mahu Kalahkan Apple Dalam 2 Tahun Lagi

Offline
11-05-2016, 11:11 AM,
#1
resim
Richard Yu menunjukkan telefon pintar baharu Huawei, Mate 9 pada acara elektronik IFA di Berlin, Jerman, kelmarin. Reuters

MUNICH 4 Nov. – Huawei Technologies dari China mahu menjadi pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia dalam tempoh dua tahun, kata Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Penggunanya, Richard Yu kepada Reuters.

Setelah mencipta nama sebagai pembina rangkaian telekomunikasi, Huawei berjaya aktif dalam pasaran peranti hanya untuk tempoh masa yang singkat, namun berupaya berada di tempat ketiga terbesar di belakang Apple Inc. dan pendahulu utama, Samsung Electronics.

“Apabila kita mengumumkan untuk mula menjual telefon empat tahun lalu, orang ramai menyatakan bahawa kami tidak siuman.

"Apabila kita menyasarkan untuk menjual sebanyak 100 juta unit telefon, mereka masih berkata bahawa kami tidak siuman,” kata Yu pada acara pelancaran produk Huawei di Munich, semalam.

Huawei pada hari Khamis, melancarkan telefon premium baharu yang akan dijual pada harga 699 euro (RM3,256) seunit. Versi yang dibangunkan bersama Porsche Design pula boleh didapati dengan harga 1,395 euro (RM6,499).

Telefon tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) yang mampu mempelajari tabiat pengguna dan secara automatik meletakkan aplikasi yang paling kerap digunakan dalam capaian paling mudah. – REUTERS/Utusan

Possibly Related Threads...
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun
Galaxy Note 7 Meletup Dalam Poket Seluar, Lelaki Saman Samsung
Apple Perkenal Iphone 7, 7 Plus
Skrin Sentuh Tidak Reponsif, Apple Disaman Pengguna
Langgar Paten: Mahkamah China Arah Apple Henti Jual Iphone 6, 6 Plus
Huawei Saman Samsung Isu Paten Telefon Pintar
Apple Kumpul Emas Dari Gajet Lama, Berjaya Peroleh 1 Tan Tahun Lepas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 323
Huawei Mahu Kalahkan Apple Dalam 2 Tahun Lagi
sukawg
105611
Forum Jump: