Hujan Batu Di Bandar Tun Razak, Jengka Petang Semalam

Offline
08-08-2015, 09:34 AM,
#1




JENGKA: Penduduk di beberapa taman perumahan di Bandar Tun Razak, Jengka di sini menjadi gempar dengan kejadian hujan batu, petang semalam.

Hujan sebesar biji guli itu berlaku pada 5.35 petang selama kira-kira 10 minit.

Difahamkan ini kali pertama ia berlaku di kawasan itu sehingga dilapor terdapat bumbung rumah yang bocor.

Surirumah Fauziah Ngah, 45, yang tinggal di Taman Perumahan Nadi, Kota Jengka berkata, keadaan cuaca sebelum kejadian adalah mendung apabila tiba-tiba hujan dalam bentuk ketulan batu turun dengan lebat.

"Ketika itu saya berada di halaman rumah dan sedang menggunting pokok bunga. Tiba-tiba hujan batu turun dengan lebat menyebabkan sebuah khemah di depan rumah saya koyak," katanya.

Siti Zaleha Mahadi, 39, pula berkata, bumbung rumahnya di bahagian dapurnya didapati bocor dan kemek.

Penunggang motosikal Sabri Mohd Yunus, 36, turut terkena hujan itu.

"Saya terpaksa menghentikan motosikal saya di sebuah pondok. Hujan yang terkena pada topi keledar saya mengeluarkan bunyi yang kuat dan saya yakin jika saya tidak memakai topi keledar, sudah tentu kepala saya akan cedera," katanya.

Beliau berkata, banyak pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka buat sementara waktu. - Bernama

Possibly Related Threads...
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Petang Tadi
Sungai Nil Bertukar Keruh Selepas Hujan Lebat, Banjir
Melaka Dilanda Hujan Batu
Lembah Klang Dilanda Hujan Batu
Shah Alam Dilanda Banjir Kilat Selepas Hujan 40 Minit
Terkini Jerebu 'sangat Tak Sihat' Di Batu Muda Dan Shah Alam Lebih 200ipu
9 Penerbangan Di Ltab Kuching Dibatalkan, Akibat Jerebu Sehingga 3 Petang Tadi
Gempa Sabah: Banyak Mayat Tak Sempurna Dihempap Batu
Gempa Sabah: Ada Mayat Tak Dapat Dikeluarkan Dihempap Batu Besar
Bongkah Batu Bertan-tan Bergolek Ke Arah Pelajar-pelajar Singapura



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 570
Hujan Batu Di Bandar Tun Razak, Jengka Petang Semalam
sukawg
97549
Forum Jump: