Husam Putus Pertahan Jawatan Naib Presiden

Offline
05-18-2015, 10:20 PM, (This post was last modified: 05-18-2015, 10:20 PM by ringgit maker.)
#1
resim

Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatan naib presiden PAS disandangnya sebelum ini, sekaligus menolak pencalonan untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan, pada pemilihan parti bulan depan.

Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu berkata beliau mengucapkan penghargaan kepada ahli dan kawasan yang memberi kepecayaan dan harapan kepadanya untuk bertanding kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan naib presiden PAS, yang saya sandang sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan pengumuman itu, bagi jawatan presiden kemungkinan berlaku pertembungan dua penjuru antara penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas anggota Majlis Syura PAS Ahmad Awang.

Setakat ini Hadi masih belum mengumumkan hasrat pertahan jawatan.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, Mohamad Sabu sedia mempertahankan jawatannya sedia dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Setakat ini, Mohd Amar belum mengumumkan kesediaan bertanding jawatan itu.

Pergolakan dalaman

Sambil menegaskan beliau memahami "pergolakan" dalaman parti, Husam tetap percaya tonggak kepimpinan PAS berteraskan 'kepimpinan ulama' yang digandingkan dengan petugas parti berdasarkan semangat syura, ukhuwah dan saling lengkap melengkapi.

"Pada masa yang sama, memandu parti secara berhati-hati dari terperangkap dengan tipu daya politik pihak lawan dalam semua keadaan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Perlembagaan PAS Fasal 5 Tujuan PAS.

"(Iaitu) memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam. dan hukum-hukum menuju keredhaan Allah dan mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara," katanya.

ADUN Salor itu juga berkata hasil perjuangan PAS yang dicapai hari ini adalah kesinambungan dari pendekatan, strategi dan kaedah yang diputuskan oleh pemimpin terdahulu secara syura pada semua peringkat.

Katanya, langkah 'Roadmap to Putrajaya' dan 'PAS For All' untuk memenangi hati masyarakat bukan Islam diputuskan oleh jamaah dan bukan keputusan mana-mana individu.

"Jika matlamat itu difikirkan tidak syar'ie, jamaah perlu membuat keputusan yang baru dan tidak boleh mana-mana pihak dalam jamaah mengambil sikap untuk menidakkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

"Politik Islam yang mengatasi sempadan kaum sehingga membuahkan kepercayaan penyokong bukan tradisi adalah sebahagian dari buah kejayaan dalam rangka jangka panjang dakwah dan siasah Islami.

"Ia kejayaan dan keberkatan dari apa yang telah disyurakan sebelum ini," katanya.

Possibly Related Threads...
Amanah Sedia Jadi Benteng Pertahan Dap
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
Pandikar Akhirnya Mengaku Letak Jawatan Sebelum Ini
Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir
Najib: Saya Tak Akan Tunduk Tekanan Letak Jawatan
Azeez: ‘saya Tidak Akan Letak Jawatan’
Pertubuhan Islam Mahu Yang Bertanggungjawab Dalam Tabung Haji Letak Jawatan
Speaker Sabah Pertahan Tabung Haji Daripada Tuduhan ‘bailout’, Tunjuk Kepada Dr M
Naib Presiden Umno Tegur Th Dan 1mdb
Najib Mesti Letak Jawatan Kerana Kes Tabung Haji-1mdb, Kata Dap



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 540
Husam Putus Pertahan Jawatan Naib Presiden
ringgit maker
95748
Forum Jump: