Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun

Offline
01-21-2018, 06:53 AM,
#1
resim
resim

GEORGIA, Amerika Syarikat - Seorang ibu mendedahkan dia mengenakan caj sewa rumah kepada anak perempuannya yang berusia lima tahun bagi mengajarnya tentang kepentingan wang.

Essence Evans berkata, dia mengarahkan anaknya membayar AS$5 (RM17) daripada keseluruhan perbelanjaan mingguannya, namun wang yang diterima disimpan di dalam akaun anaknya itu.

“Setiap minggu dia menerima wang perbelanjaan sebanyak AS$7 (RM28). Namun, saya menjelaskan bahawa di dunia sebenar kebanyakan orang memperuntukkan sebahagian besar wang mereka untuk membayar bil dan hanya sedikit untuk kegunaan sendiri.

“Jadi, saya membuatkan dia memulangkan semula sejumlah wang kepada saya bagi tujuan sewa, air, elektrik, kabel dan untuk makanan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Evans, anaknya tidak tahu bahawa wang itu dimasuk*kan dalam akaun simpanannya dan akan dikembalikan ketika dia mencapai usia 18 tahun.

Evans telah menerima banyak pujian daripada pengguna internet selepas berkongsi pendekatan yang digunakan itu di laman Facebook. – Agensi/Kosmo

Possibly Related Threads...
Misteri Rumah 'hantu', 15 Tahun Beli Rumah Tapi Tak Pernah Duduk
Kepala Kambing Tersangkut Pada Stereng Kereta
12 Tahun Setia Menunggu, Anjing Akhirnya Mati Di Kubur Tuannya
4 Pengarah Pelaburan Emas Genneva Dipenjara 8 Tahun
Nahas Duke: 2 Pemandu Myvi Dipenjara 3 Tahun
Ibu Alami Tekanan Perasaan Seret Anak Sejauh 300 Meter
Warna-warni Disangka Rumah Tumpangan, Rupanya Rumah Mayat
Waris Amah Mati Didera Di Penang Tuntut 3 Tahun Gaji Tak Dibayar
Cadangan Denda Rm500,000 Atau Penjara 10 Tahun Jika Sebar Berita Palsu
Indonesia Pertimbang Larang Pembantu Rumah Ke Malaysia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 36
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
sukawg
115285
Forum Jump: