Ibu Maut Dikelar Anak Sendiri Di Kulai

Offline
08-12-2017, 10:12 PM,
#1
resim
Darah mangsa memenuhi ruang dapur

KULAI 12 Ogos - Seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher selepas dipercayai dibunuh anak lelaki yang menghidap sakit mental di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mayat mangsa berusia 69 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur rumah oleh anak lelaki bongsunya yang baru pulang bekerja dari Singapura.

Mangsa yang mempunyai tiga anak itu dipercayai cedera di bahagian muka serta leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Razak Md. Said yang mengesahkan kejadian memberitahu, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang di sekitar kawasan rumahnya.

"Semakan mendapati suspek pernah menjalani rawatan sakit mental di Hospital Tampoi, Johor Bahru. Motif kejadian sedang disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tinggal di rumah itu bersama suaminya yang berusia 70 yang sakit dan tidak boleh berjalan serta dua anak lelaki mereka.

"Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang sulung itu tidak bekerja sejak tahun lalu.

"Kami juga memang selalu dengar keluarga ini bergaduh dan jiran-jiran juga tahu anak sulungnya itu selalu mengamuk di rumah," katanya. - Utusan


 

Possibly Related Threads...
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Lori Yang Terbabas Di Kota Bharu
Terkini: Anggota Polis Bukit Aman Maut Ditembak
Bapa Tua 71 Tahun Dipukul Anak Sendiri, Terima 7 Jahitan
Budak Baru Usia 12 Tahun Sudah Buang Bayi Sendiri
Budak Maut Disengat 30 Tebuan Di Jertih, Kes Ketiga Bulan Ini
Wanita 80 Tahun Maut Dilanggar Keretapi Di Gua Musang
Penunggang Maut Dirempuh Lori Tanpa Pemandu Tiba-tiba Mengundur
Penunggang Bmw S1000rr Maut Digilis Di Lebuhraya Plus
Datuk Seri Didakwa Kerana Tampar Anak Datuk
Rumah Diceroboh, Anak Gadis Disyaki Turut Dilarikan Di Port Dickson



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Ibu Maut Dikelar Anak Sendiri Di Kulai
sukawg
111976
Forum Jump: