Imam Kena Tampar Ragui Hasrat Lelaki India Mahu Temuinya

Offline
10-01-2015, 07:48 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR – “Saya sedia memaafkan dia (Shabir Ahmad Khan) namun buat masa ini biarlah dia menjalani apa yang diarahkan mahkamah terlebih dulu,” kata Imam 2 Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim.

Mohd. Zuhairee (gambar), 39, memberi respon sedemikian ketika ditanya mengenai hasrat Shabir, lelaki warga India yang ingin menemui dan memohon maaf terhadap perbuatan menamparnya di Masjid Negara pada 18 September lalu.

Ulas Mohd. Zuhairee, buat masa ini beliau tidak akan mene­mui lelaki berasal dari Kashmir itu kerana perlu merujuk beberapa perkara lain mengenai kejadian itu selain turut mengambil kira dengan situasi semasa mengenai sikap ekstrem yang dimiliki sesete­ngah individu.

“Dikhuatiri dia (Shabir) mempunyai tujuan lain (ketika menampar saya) namun hasratnya tidak tercapai dan dia menggunakan alasan terdengar bisikan punca insiden itu.

“Dalam masa ini biarlah dia menjalani arahan mahkamah untuk menjalani ujian mental,” kata Mohd. Zuhairee yang mengakui, beliau meragui hasrat Shabir yang mahu memohon maaf. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Budak Mati Didera Teman Lelaki Ibu, Anak Hasil Hubungan Terlarang
Gadis Diserang Lelaki Kerana Pakai Seluar Singkat Di Bulan Ramadan
Pukul Mati Lelaki Mencabul: Wanita, 3 Lelaki Didakwa Bunuh
Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Pada 2013 Mulakan Hukuman Penjara
Mayat Lelaki Viral Dihanyut Banjir Sudah Ditemui
Budak Becok Mati Mulut Kena Gam Dengan Cikgu
Lelaki Ceroboh Rumah Orang Dengan Berbogel Parah Dibelasah Penduduk
Pukul Pemandu Uber: 4 Lelaki Didakwa Hari Ini
Hon Solat Jumaat: 6 Lelaki Didakwa Hari Ini Kerana Merusuh
Lelaki Cat Kamera Sebab Marah Selalu Kena Saman



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 467
Imam Kena Tampar Ragui Hasrat Lelaki India Mahu Temuinya
sukawg
98641
Forum Jump: