Indahnya Gst Cara Kiraan Dr Pembekal Ke Pengguna Yang Untung Siapa?

Offline
11-10-2014, 02:57 PM,
#1
INDAHNYA GST..
BETAPA BERTUAHNYA KITA KERANA GST..

Beberapa hari lepas, Saya telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mendaftar kerana saya merupakan seorang ahli perniagaan. Di sini saya akan ceritakan bagaimana GST dilaksanakan, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi TIDAK kepada pengguna. Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga!

Contoh....:

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 April 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan saya, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka.

Tetapi, mungkin ada yg berkata, "kami tak guna air cond". Tetapi cuba bayangkan sahaja bila harga alat ganti kenderaan dikenakan 6%?? Secara tidak langsung, kita dpt bayangkan apa sahaja yg dibawa oleh kenderaan itu akan turut naik waima serbuk kari sekalipun....

Pertanyaan saya, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?

Sila copy ke group lain untuk pencerahan dari pihak lain pula...
Tolong ambil serius perka

Possibly Related Threads...
106 Soal-jawab Mengenai Gst Yang Anda Mungkin Tak Tahu
Petua Mudah Matematik Boleh Selesaika Masalah Yang Ramai Tak Tahu
Pada Sesiapa Yang Mengenali Mangsa Kemalangan Motorsikal Exit Subang Highway Elite.
Ayam Giant Tak Halal? Jom Share.. Bagi Semua Tahu Kuasa Pengguna..!
Marilah Kita Bersama-sama Membantu Kerluarga Yang Kurang Bernasib Baik Ini
Ingatlah tak berkat kita jual benda yang tak elok, naya orang namanya nih.
Kereta Saya Dibawa Lari. Sesiapa Yang Nampak Plat Kereta Ni, Hubungi Saya.
Hati-hati dengan anak-anak anda yang suka makan makanan yang menggunakan lidi sate.
Khidmat Masyarakat - Nak uruskan jenazah housemate yang baru meninggal.
Khidmat Masyarakat - Bantuan Mengesan Motorsikal Aprilia Shiver Yang Hilang.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1086
Indahnya Gst Cara Kiraan Dr Pembekal Ke Pengguna Yang Untung Siapa?
NorCun
90182
Forum Jump: