Individu Sertai Is Dalangi Cubaan Serang Pasar Raya Di Jakarta

Offline
03-26-2015, 04:52 AM,
#1
resim
Anggota polis khas daripada unit Gegana membawa tong dipercayai mengandungi bom klorin di pasar raya ITC Depok, Jawa Barat, pada 23 Februari lalu, AGENSI

JAKARTA 25 Mac – Rakyat Indonesia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan telah kembali ke republik ini, kemungkinan menjadi dalang dalam cubaan satu serangan bom klorin di sebuah pasar raya dekat sini pada bulan lalu.

Peranti buatan sendiri itu yang dihasilkan daripada beberapa buah botol dan satu bahan letupan, ditemukan di sebuah pasar raya di selatan Jakarta selepas bom itu gagal meletup dengan sempurna.

Polis menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pertama yang cuba dilakukan di Indonesia.

Ketua Polis Negara Indonesia, Tito Karnavian berkata, penggunaan gas klorin itu menyamai taktik yang digunapakai militan IS yang menguasai sebahagian besar Iraq dan Syria.

“Penemuan itu amat mengejutkan kita. Bom itu merupakan satu ciri-ciri IS dan berkaitan dengan sebuah kumpulan yang mungkin telah pulang dari Syria,’’ kata Tito.

Tito berkata, polis masih mencari ‘petunjuk terbaharu’ berhubung insiden cubaan letupan bom itu.

Mereka yang terdedah kepada gas klorin boleh mengakibatkan gatal teruk pada mata, kulit dan saluran pernafasan, serta boleh mengakibatkan kematian.

Militan IS didakwa menggunakan gas klorin semasa satu serangan bom kereta pada 23 Januari lalu ke atas tentera Kurdis di Iraq, satu kaedah yang didakwa turut diguna pakai tentera Syria. – AFP

Possibly Related Threads...
Tentera Bashar, Rusia Serang Pemberontak
4 Gambar Pasar Di Wilayah Raqqa Dibulan Ramadhan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 637
Individu Sertai Is Dalangi Cubaan Serang Pasar Raya Di Jakarta
NorCun
94221
Forum Jump: