Industri Rumah Urut Di Amerika Raih Rm9.8 Bilion Setahun

Offline
01-18-2018, 08:08 AM,
#1
resim
ANTARA rumah urut di Las Vegas, Nevada. - Foto Reuters

NEW YORK: Kumpulan penyeludup di Amerika Syarikat meraih AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) setahun hasil khidmat pekerja seks di rumah-rumah urut.

Tinjauan oleh sebuah kumpulan anti-perhambaan dikenali sebagai Projek Polaris mendapati, semua pekerja seks itu adalah daripada golongan imigran yang terjerat dengan hutang serta tidak fasih berbahasa Inggeris, kebanyakannya dari China dan Korea Selatan.

Industri rumah urut haram ialah jenayah pemerdagangan manusia kedua terbesar di AS selepas industri pengiring sosial.

Menurut kajian itu lagi, semua pusat urut itu beroperasi di sepanjang lebuh raya atau berselindung di sebalik kedai-kedai tertentu di pusat beli belah.

"New York dan California ialah lokasi utama pekerja ini selepas terpedaya dengan janji palsu oleh penyeludup, kononnya mereka berpeluang mendapat pekerjaan yang sah dan menawarkan pendapatan lumayan," kata kajian itu.

Ketua tinjauan, Rochelle Keyhan, berkata semua mangsa akan diugut sebaik memulakan pekerjaan dan sering berpindah randah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

"Ini ialah kali pertama jumlah keuntungan didapati penyeludup ini didedahkan kepada umum.

"Di peringkat global, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan kumpulan penjenayah ini meraih keuntungan sekitar AS$150 bilion (RM592 bilion) setahun hasil kerja haram mereka," katanya. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Janda Anak 3 Raih Rm7,000 Sebulan Jual Tubuh Di Wechat
Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa
Skandal Cabul Dalam Pasukan Gimnastik Amerika, Doktor Mengaku
Penumpang Mahu Pulang Ke Rumah Nyaris Diperkosa Pemandu Teksi
Lelaki Kepenatan Bekerja Minta Tunang Urut Pinggang, Dicekup Khalwat
Lelaki Dakwa Dinodai Lelaki Lain Ketika Pulang Ke Rumah
Budak 7 Tahun Diperkosa Datuk, Pakcik Di Rumah Panjang
Tukang Urut Didakwa Terlebih Urut Pelanggan Seorang Gadis
2 Gadis Berbogel Sambil Urut Ditahan Di Plaza Solaris
Lelaki Raih Rm4,800 Jual Video Bogel Wanita Salin Baju Di Gym



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 64
Industri Rumah Urut Di Amerika Raih Rm9.8 Bilion Setahun
sukawg
115208
Forum Jump: