Inilah Kes Paling Keji Pernah Aku Lapor, Kata Wartawan

Offline
08-11-2017, 09:41 PM,
#1
Inilah kes paling keji pernah aku lapor

resim

PUTRAJAYA: “Inilah kes paling keji pernah aku lapor sepanjang 22 tahun jadi reporter,” luah seorang wartawan senior sambil menahan marah.



Wartawan tersebut meluahkan perasaannya selepas prosiding berehat seketika sekitar jam 9.45 pagi.

Ketika itu, semua wartawan berkumpul di kawasan pemerhati sambil meneliti jumlah pertuduhan liwat yang telah dibacakan terhadap tertuduh.

“Habis tu kak, selama ni tak ada ke kes yang macam ni?” soal saya kepada wartawan senior tersebut.

“Tak ada la sampai tahap macam ni. Lebih 600 pertuduhan kot!

“Jumlahnya setakat 9.45 pagi, ialah 120 pertuduhan yang dibaca untuk hari ini sahaja,” katanya kepada kami di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

Perbincangan seperti ini satu perkara biasa dalam kalangan wartawan bagi memastikan penjumlahan kes serta maklumat yang dilaporkan tepat.

Selepas sesi rehat kedua, ketika jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, semua petugas media berpandangan sesama sendiri tergamam ketika kertas pertuduhan bernombor 168 dibacakan jurubahasa mahkamah, S. Umma kepada tertuduh.

“Pertuduhan sama bagi kes sama untuk tarikh 28 Mei 2017………………” kata jurubahasa tersebut sambil memandang tertuduh yang memakai kemeja-T kelabu berseluar jeans biru.

“Bila kita mula puasa hari tu?” tanya seorang wartawan akhbar tabloid dari Putrajaya.

“27 Mei 2017,” jawab saya ringkas.

“Weh! Takkan masa bulan puasa pun.....?” katanya dengan muka kecewa menggelengkan kepala sambil tangan sibuk menaip maklumat di telefon pintarnya.

Ketika itu, semua wartawan masing-masing mengerutkan dahi sambil memasang telinga mendengar bait-bait pertuduhan yang dibaca dengan suara yang agak perlahan kepada tertuduh.

“Kalau ikut trend pertuduhan ni, sejak Januari dia buat ‘kerja’ ni,” soal seorang wartawan wanita dengan penuh emosi separa berbisik ketika menyenaraikan senarai pertuduhan yang dibacakan kepada bapa berusia 36 tahun itu.

S. Umma, jurubahasa membaca pertuduhan terpaksa berulang alik dari tempat duduk pendakwa raya ke kamar tertuduh sekurang-kurangnya 110 kali sepanjang prosiding yang bermula sejak 8.50 pagi Khamis di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Putrajaya.

Ketika prosiding berlangsung, Hakim Yong Zarida Sazali turut mengambil keputusan untuk berhenti sebentar sebanyak dua kali bagi memberi peluang tertuduh dan jurubahasa berehat sebentar.

Tertuduh pula hanya mampu berdiri dengan tangan bergari mengangguk perlahan ketika pertuduhan dibaca.

Kumpulan wartawan yang bertugas di lokasi kali ini berdepan dengan kes yang amat mengejutkan, bukan saja dalam kalangan pihak berkuasa, pengamal undang-undang dan petugas media, malah ia suatu yang sangat dahsyat hingga mencetuskan kemarahan seluruh rakyat negara ini.

Dalam perbicaraan itu, tertuduh dilihat mengetepikan peranannya sebagai seorang bapa yang sepatutnya melindungi anak sendiri.

Jika benar segala pertuduhan itu, maka ia 'mencabul' erti kasih sayang dan kepercayaan keluarga, apabila melakukan perbuatan terkutuk ke atas darah daging sendiri, beratus-ratus kali.

Sebutan semula kes bapa melakukan jenayah seksual terhadap anak kandung sendiri berusia 15 tahun itu bakal berlangsung pada 18 September ini sementara menunggu laporan kimia dan laporan kesihatan. - Awani

Possibly Related Threads...
Kerana Minta Putus, Gadis Repot Polis Pernah Dinodai Kekasih
Aksi Suami Isteri Di Tepi Lebuhraya Di Penang Palsu, Kata Polis
Saya Berasa Terhina, Kata Gadis Kolej Dicabul Pembantu Adun
Gadis Jalan Kaki Ke Balai Polis Mahu Lapor Diperkosa Bapa Angkat
Cabut Kondom Senyap-senyap Ketika Setubuh Patut Dianggap Jenayah, Kata Aktivis
Presiden Sebuah Pertubuhan Akui Pernah Diliwat
Anak Ahli Parlimen Pun Pernah Diliwat
Kekasih Rupanya Pondan: Pasangan Mengaku Pernah Lakukan Hubungan Intim
Suami Lapor Penguatkuasa Isteri Tidur Dengan Lelaki Cina Di Hotel
Bapa Lacurkan Anak Sendiri Lepas Dapat Tahu Pernah Lakukan Seks



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 66
Inilah Kes Paling Keji Pernah Aku Lapor, Kata Wartawan
sukawg
111960
Forum Jump: