Inkues Tragedi Letupan Pesawat Mh17 Bermula

Offline
05-18-2016, 07:57 PM,
#1
resim
AHLI keluarga mangsa pesawat MH17, Jack O'Brien hadir memberi keterangan semasa inkues di Mahkamah Koroner Glebe, Sydney, Australia, semalam. - AGENSI

SYDNEY 17 Mei – Inkues ke atas tragedi pesawat MH17 membabitkan enam penumpang pesawat itu dari New South Wales (NSW), bermula hari ini di Mahkamah Koroner Glebe di Sydney dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa.

Semasa prosiding mahkamah diberitahu, keenam-enam penumpang berkenaan didakwa tidak sedarkan diri atau mati tidak lama selepas peluru berpandu buatan Rusia itu meletup di luar pesawat itu di timur Ukraine.

Peguam Cate Follent yang mewakili keenam-enam mangsa, Carol dan Michael Clancy, Gabriele Lauschet, Jack O’Brien, Victor Oreshkin dan Mary Tiernan semasa memulakan prosiding berkata, penemuan Lembaga Keselamatan Belanda menunjukkan beberapa penumpang mengalami kecederaan parah semasa pesawat itu meletup, manakala penumpang lain mungkin tidak sedarkan diri atau mati selepas letupan itu berlaku.

“Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang dilalui ahli keluarga mangsa sepanjang 22 bulan sejak nahas itu berlaku,” katanya.

Menurut laporan laman web au.news.yahoo.com, Follent turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan penumpang-penumpang terbabit.

Sementara itu, Koroner Michael Barnes mendapati keenam-enam mangsa merupakan ‘sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai yang keji’ akibat pesawat yang hancur di altitud tinggi berpunca daripada letupan peledak.

“Kecederaan yang membawa maut itu berlaku akibat tindakan seorang atau beberapa orang yang telah atau belum dikenal pasti, secara sengaja melancarkan peluru berpandu yang dilengkapi peledak ke arah sebuah pesawat yang dinaiki si mati yang juga penumpang pesawat itu, menyebabkan ia hancur di altitud tinggi,” katanya.

Lembaga Keselamatan Belanda mendapati peledak buatan Rusia itu dilancarkan dari peluru berpandu BUK yang kemudian meletup beberapa meter di atas pesawat, menyebabkan pesawat itu pecah dan serpihannya bertaburan sejauh 50 kilometer.

Keenam-enam mangsa itu merupakan antara 38 rakyat dan penduduk tetap Australia yang terbunuh apabila pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Sementara itu, Mailonline melaporkan, firma risikan persendirian, Stratfor mendedahkan imej satelit terbaharu berhubung penggunaan sistem peluru berpandu BUK yang menembak jatuh MH17 dekat Donetsk beberapa jam sebelum pesawat itu ditembak.

Bukti itu memperkukuhkan dakwaan bahawa kumpulan pemisah yang disokong Rusia telah menembak jatuh pesawat komersial berkenaan.

Mereka percaya telah memperincikan senjata yang digunakan selepas menganalisa rakaman, BUK dilihat berada di tapak pelancaran yang dikuasai pihak pemisah Ukraine pada hari pesawat itu ditembak jatuh.

Laporan itu mendakwa peluru berpandu itu adalah daripada BUK Rusia bernombor 332 dari briged anti pesawat ke-53 yang berpangkalan di Kursk, Rusia.

Namun, bukti itu amat sukar untuk disahkan kerana salah satu daripada digit pada BUK itu telah hilang dan ia hanya dinamakan sebagai BUK 3x2. - Utusan


resim

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 383
Inkues Tragedi Letupan Pesawat Mh17 Bermula
sukawg
102732
Forum Jump: